Pihak kerajaan negeri Selangor telah melaksanakan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)  kepada pemohon yang berkelayakan bagi mendapatkan manfaat one-off sebanyak RM5,000 setahun bagi satu isi keluarga.

Bantuan ini bertujuan untuk membantu meringankan tanggungan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan anak-anak OKU yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga. Selain itu, bagi mengurangkan beban ibu bapa/penjaga anak anak OKU untuk menanggung kos saringan/kesihatan anak anak OKU yang biasanya mengambil tempoh masa panjang di hospital kerajaan.







Akan dikongsikan maklumat-maklumat mengenai Bantuan Khas Anak Istimewa (ANIS) sekiranya anda mempunyai anak OKU/istimewa.



TARIKH PERMOHONAN 

Permohonan bantuan ANIS akan dibuka bermula 15 Februari 2021 - 30 April 2021



JENIS BANTUAN

Berikut adalah jenis-jenis bantuan yang diterima oleh pemohon yang layak :

  • Makanan/keperluan tambahan
  • Pembelian Pembaikian peralatan mesin
  • Ubat-ubatan
  • Pendidikan (Terapi/Kelas Khas untuk anak OKU)



SYARAT KELAYAKAN

  • Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Selangor ATAU bukan kelahiran Selangor dan sedang menetap di Selangor minimum 10 tahun (perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin daripada pengesah yang dibenarkan)
  • Dihadkan kepada anak OKU berumur 18 tahun ke bawah
  • Mempunyai Kad OKU atau Surat Pengesahan Doktor (Jika tiada Kad OKU)
  • Sekiranya penjaga merupakan ibubapa angkat maka pengangkatan hendaklah sah dan berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan (JPN) dan Akta Pengangkatan 1973



CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat dilakukan melalui laman web :


Borang permohonan hendaklah dicetak dan dihantar dengan dokumen lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan.



DOKUMEN SOKONGAN

Berikut merupakan dokumen-dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan pasangan
  • Salinan Sijil Daftar/ Kad Nikah Ibu Bapa Anak OKU
  • Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika bekenaan)
  • Salinan kad pengenalan anak istimewa
  • Salinan Kad OKU dari JKM atau surat pengesahan doktor berkaitan dengan masalah anak (jika tiada kad OKU)
  • Cop pengesahan mastautin yang disahkan bagi ibu/bapa/penjaga yang bukan kelahiran Selangor
  • Salinan preskripsi doktor dengan spesifikasi khusus (Tertakluk bagi makanan, keperluan khusus, pembelian peralatan/mesin dan ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor)
  • Salinan surat tawaran pusat pembelajaran, sebutharga yuran pembelajaran, dan penyata bank pusat pembelajaran. (Tertakluk bagi kategori pendidikan khas/sesi terapi untuk anak OKU)


Permohonan beserta dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.



Permohonan borang dihantar kepada

  • Email : daftaranis@gmail.com
  • Pusat Khidmat Masyarakat DUN berhampiran
  • Pejabat Yayasan Warisan Anak Selangor