Terdapat segelintir pencarum KWSP yang menghadapi masalah di mana i-Akaun (Ahli) mereka masih aktif dan mereka masih boleh login cuma masalah mereka adalah nombor telefon yang didaftarkan untuk penghantaran nombor TAC sudah tidak aktif atau sudah ditukarkan dengan nombor yang lain.

Masalah ini perlulah diatasi dengan segera bagi memudahkan segala pengurusan yang melibatkan i-Akaun KWSP ini dapat diproses dengan lancar. 

Berikut akan dikongsikan cara mengemaskini nombor telefon secara online sekiranya anda menghadapai masalah ini.






APLIKASI YANG DIPERLUKAN


1. Adobe Acrobat 

digunakan untuk mengisi borang permohonan i-Akaun KWSP secara online dengan menggunakan telefon pintar atau komputer.


2. Google Drive 

digunakan untuk menyimpan segala dokumen bagi tujuan kemaskini nombor telefon.


3. Gmail

digunakan untuk menghantar borang permohonan anda beserta segala dokumen yang diminta dan diperlukan oleh KWSP.




CARA KEMASKINI NOMBOR TELEFON

Berikut merupakan cara-cara mengemaskini nombor telefon dalam talian :

  • Sila muat turun borang i-Akaun KWSP
  • Isikan maklumat dengan lengkap dan betul pada borang yang disediakan.
  • Selepas selesai mengisi borang, simpan dokumen dengan format berikut: 
iakaundaftar_Borang_<NAMA ANDA>
  • Sediakan salinan kad pengenalan (depan dan belakang).
  • Kemudian simpan dokumen tersebut dengan format berikut:  
iakaundaftar_MyKad_<NAMA ANDA?>
  • Langkah seterusnya adalah dengan anda menangkap swafoto anda dengan memegang kad pengenalan bagi tujuan pengesahan oleh pihak KWSP.
  • Kemudian simpan swafoto anda dengan format berikut:
iakaundaftar_Swafoto_<NAMA ANDA>


  • Seterusnya, sediakan juga penyata bank simpanan dan simpan dengan format berikut: 
iakauandaftar_Bank_<NAMA ANDA>
  • Setelah itu anda perlu memuat naik semua dokumen ke aplikasi Google Drive agar dokumen tidak hilang dan selamat disimpan.
  • Akhir sekali, emelkan semua dokumen yang telah dimuatnaik ke Google Drive tadi kepada emel rasmi KWSP iaitu iakaundaftar@epf.gov.my


Selesai lah sudah cara mengemaskini no telefon KWSP anda secara online.

Diharapkan agar perkongsian hari ini dapat memudahkan urusan anda untuk mengemaskini no telefon KWSP anda.