Sebelum ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya membenarkan ahli pencarum yang kehilangan pekerjaan, atau pendapatan mereka dikurangkan sekurang-kurangnya 30 peratus sahaja untuk membuat pengeluaran i-Sinar.

Namun, baru baru ini Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz, mengatakan syarat yang dikenakan sebelum ini akan dimansuhkan atas nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin susulan maklum balas orang ramai.

'Langkah ini diharap dapat membantu ahli-ahli KWSP mengharungi cabaran semasa akibat pandemik COVID-19," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.




BACA JUGA :




SYARAT I-SINAR YANG DIKEMASKINI

  • Akan membolehkan ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun membuat pengeluaran daripada simpanan Akaun 1, tertakluk kepada baki yang sedia ada.
  • Bagi ahli yang sudah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria dan syarat semasa, permohonan mereka akan DILULUSKAN secara automatik tidak lama lagi.



JUMLAH PENGELUARAN I-SINAR

Berikut merupakan jumlah pengeluaran akaun 1 yang masih kekal :

  • Ahli yang mempunyai simpanan RM100,000 ke bawah boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.
  • Ahli yang mempunyai simpanan lebih dari RM100,000 boleh buat pengeluaran sehingga 10% daripada akaun mereka.

NOTA : Pembayaran akan dibayar secara berperingkat iaitu 6 bulan.




INFO LANJUT






Pengumuman lanjut akan dibuat dalam masa terdekat oleh KWSP. Pihak kerajaan amat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli pencarum sementara perubahan sistem dilaksanakan.