Untuk pengetahuan, Jabatan Perumahan Negara (JPN) telah menyediakan sebuah portal online iaitu TEDUH yang memudahkan rakyat Malaysia khususnya Golongan B40 untuk menyemak atau mencari rumah yang mereka bakal miliki secara beli atau sewa.

TEDUH adalah portal yang memaparkan maklumat dan fungsi carian berkaitan projek-projek dan program-program perumahan awam dan swasta di Malaysia.

Sistem Pengurusan Perumahan Negara atau SPRN merupakan salah satu modul dalam TEDUH yang berfungsi sebagai gerbang ‘one-stop centre’ bagi individu yang ingin memohon program perumahan dibawah seliaan Jabatan Perumahan Negara KPKT.







Berikut merupakan maklumat-maklumat yang akan dikongsikan berkaitan Skim Perumahan di Malaysia :



SENARAI SKIM PERUMAHAN


Antara skim bantuan yang ditawarkan ialah :


1. Skim Rumah PPR

Program Perumahan Rakyat atau ringkasnya PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40). Ianya terdiri daripada 2 kategori iaitu PPR Disewa dan PPR Dimiliki. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia manakala RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.



2. Skim Rumah Transit

Program Rumah Transit bertujuan untuk memberi kemudahan secara sementara kepada pasangan muda yang telah berkahwin dan berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun. Rumah ini disewakan dengan kadar sebanyak RM250 sebulan bagi tempoh sewaan permulaan selama dua tahun.



3. Skim SPP

SPP diwujudkan bertujuan menyediakan kemudahan pinjaman kepada golongan berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah sendiri.



4. Skim MyHome

Skim Perumahan Mampu Milik Swasta atau dikenali sebagai MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit yang memberi faedah kepada para pembeli rumah dan pemaju swasta.





SYARAT-SYARAT KELAYAKAN


Skim PPR

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri



Skim Rumah Transit

  • Warganegara Malaysia
  • Telah berkahwin
  • Berumur antara 18 hingga 30 tahun
  • Tidak mempunyai rumah sendiri di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  • Bekerja di kawasan / negeri rumah transit dipohon
  • Pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah
  • Tiada rekod jenayah



Skim SPP

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hingga 70 tahun
  • Bekerja dan mempunyai pendapatan
  • Bukan kakitangan Kerajaan atau pesara (termasuk pasangan)
  • Belum mempunyai rumah
  • Jumlah pendapatan kasar isi rumah di antara RM1,000.00 hingga RM3,000.00 sebulan
  • Memiliki tanah sendiri atau tanah milik ahli keluarga terdekat



Skim MyHome

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah. Isi rumah merujuk kepada pasangan suami dan isteri atau bujang sahaja. Pasangan sama ada suami atau isteri yang telah memiliki rumah bagi satu isi rumah adalah TIDAK LAYAK.
  • Pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah


Dokumen sokongan untuk memohon MYHOME :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
  • Salinan surat pengesahan majikan
  • Salinan penyata gaji terbaru
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen (Jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan




CARA PERMOHONAN


1. DAFTAR AKAUN

  • Masukkan maklumat nama, no kad pengenalan dan emel. 
  • Seterusnya, klik butang daftar



2. BUAT PENGESAHAN

  • Pemohon akan menerima email dari PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktifkan akaun yang telah didaftarkan.
  • Pastikan pemohon klik pautan yang berwarna biru untuk pengaktifan akaun dan penetapan kata laluan anda.



3. LOG MASUK

  • Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang telah disetkan pada ruangan. Kemudian, log masuk akaun tersebut.



4. PILIH SKIM PERUMAHAN

  • Untuk permohonan, anda perlu mengenalpasti dan memilih skim perumahan yang ditawarkan. Klik pautan pilih skim.
  • Sila baca syarat dan kelayakan pemohon untuk setiap skim sebelum membuat permohonan. Terdapat maklumat senarai projek yang dibuka untuk permohonan pada bahagian kanan pilihan skim. Seterusnya, klik butang ‘Pilih Skim’.



5. MAKLUMAT PEMOHON

  • Klik pautan maklumat pemohon
  • Masukkan maklumat pemohon yang diperlukan dan klik butang “Simpan”. Maklumat mandatori hendaklah diisi sehingga ikon berwarna hijau.



6. PILIH PROJEK

  • Klik pautan Projek untuk memohon projek.



7. DOKUMEN SOKONGAN

  • Klik pautan Dokumen Sokongan untuk muat naik dokumen sokongan permohonan.



8. PENGESAHAN

  • Klik pautan Pengesahan untuk hantar permohonan.




MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di talian:

Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Aras 30-38, No. 51 Persiaran Perdana, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Presint 4, 
62100 Putrajaya


Tel: 03-8891 4475/ 03-8891 4200
Emel: teduh@kpkt.gov.my


MyHome Tel: 03-8891 4027 / 4054 / 4055 / 4062

PPR Tel: 03-8891 4052 / 4059 / 4384

Rumah Transit Tel: 03-8891 4052 / 4061 / 4400