KUALA TERENGGANU : Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT PKP 2.0) 2021 dengan peruntukkan sebanyak RM19 juta. Bantuan ini bertujuan untuk membantu masalah rakyat yang terkesan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antara insentif yang diperkenalkan ialah bantuan tunai berjumlah RM100 kepada golongan pekerja yang terjejas dan sumbangan sebanyak 1,600 kepada pelajar miskin.








Terdapat 7 insentif yang disediakan melalui BERKAT PKP 2.0 yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat Terengganu dan pelajar sekolah.



SENARAI INSENTIF BERKAT PKP 2.0

Antara insentif yang disediakan untuk rakyat negeri Terengganu ialah :


1. Bakul Makanan

Diberikan kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kepada golongan asnaf yang dianggarkan keseluruhan seramai 81,000 penerima.



2. Bantuan Tunai Berjumlah RM100

Diberikan kepada golongan terjejas pekerjaan di sektor yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang PKP 2.0 yang dianggarkan melibatkan seramai 48,000 orang.

Contohnya 
  • tukang gunting
  • pekerja kedai cucian kereta 
  • dan seumpamanya


3. Bantuan ‘Top Up’ Internet Sebanyak RM100 

Diberikan kepada semua pelajar daripada keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM2500.



4. Bantuan 1,600 Tablet 

Diberikan untuk pelajar-pelajar miskin, yang akan disalurkan melalui anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu (GLC).



5. Bantuan ‘Kuliah Online’ 

Diberikan kepada pendakwah yang terjejas dan tiada pendapatan tetap.



6. Bantuan Khas 

  • Sebanyak RM300 seorang kepada penggiat pelancongan Negeri Terengganu, termasuk penarik beca, pemandu bot penambang, kakitangan agensi pelancongan dan pengembaraan (‘inbound’ sahaja), pemandu bot Tasik Kenyir, pemandu pelancong berdaftar, serta pemandu teksi ‘airport’. 

  • Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Negeri Terengganu turut menerima pengecualian Cukai Taksiran bagi tahun 2020.



7. Bantuan 20 buah Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) 

Diberi keutamaan kepada pelajar miskin dan bermasalah semasa Pengajaran dan  Pembelajaran di Rumah (PdPR).



Kepada rakyat yang tidak termasuk dalam golongan seperti disebutkan di atas namun amat memerlukan dan terjejas sepanjang tempoh PKP 2.0, boleh menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat ADUN / DUN masing-masing untuk memohon bantuan sesuai yang diperlukan.