
Golongan penjaja kecil makanan, minuman serta peruncit mikro di Selangor kini boleh memohon Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) dan Skim Pembiayaan Go Digital (Go Digital) bagi membantu kelangsungan perniagaan mereka.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan sebanyak RM15 juta diperuntukkan bagi kedua-dua skim itu yang bertujuan membantu golongan tersebut mengalihkan perniagaan mereka kepada secara dalam talian sebagai pilihan, khususnya ketika pandemik COVID-19 melanda negara.
Akan dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan permohonan Skim Niaga Darul Ehsan di bawah.
BACA JUGA : I-AKAUN KWSP : CARA KEMASKINI NO TELEFON KWSP SECARA ONLINE
TUJUAN SKIM NADI DAN SKIM GO DIGITAL
Kedua-dua skim ini adalah bertujuan :
- Skim NaDi : Bagi menampung kos operasi
- Go Digital : Untuk mengadaptasi perniagaan ke platform e-dagang
SYARAT PEMBIAYAAN NaDI
Antara syarat pembiayaan NaDI adalah :
- Had Pembiayaan RM1,000 sehingga RM5,000
- Tempoh pembiayaan adalah selama 25 minggu (6 bulan) sehingga 150 minggu (3 tahun)
- Caj perkhidmatan adalah sebanyak 8%
JUMLAH BAYARAN

SYARAT KELAYAKAN
Antara syarat kelayakan NaDI adalah :
- Warganegara Malaysia.
- Rakyat Negeri Selangor.
- Bermastautin atau menetap (tidak kurang 5 tahun) dan mengundi di Negeri Selangor.
- Berumur 18 hingga 60 tahun.
- Peminjam terdiri daripada wanita yang mewakili isi rumah.
- Pelaksanaan skim dalam bentuk kumpulan (3 orang berkumpulan).
- Bersetuju menubuhkan kumpulan.
CARA BUAT PERMOHONAN NaDI
Permohonan pembiayaan Nadi boleh dibuat secara talian iaitu:
- Layari laman web BORANG PERMOHONAN NaDI
Dokumen Diperlukan
- 2 keping gambar pasport
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan kepala penyata bank (header) atau muka depan buku akaun (yang menunjukkan no.akaun)
Kepada pemohon yang ingin membuat permohonan secara manual, sila berkunjung ke Pejabat Cawangan Hijrah berhampiran.
Berikut adalah alamat ibu pejabat Hijrah Selangor :
Ibu Pejabat Hijrah Selangor
Tingkat 2, Bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah,
4,000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
- Tel: 03 5519 1692
- Emel: admin@hijrahselangor.com
- Laman web: hijrahselangor.com
0 Comments