Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa pemohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh untuk set semula atau menukar kata laluan MyBPR mereka secara dalam talian tanpa perlu hadir ke pejabat LHDNM.

Akan dikongsikan cara-cara membuat penukaran kata laluan kepada pemohon yang terlupa kata laluan lama dan ingin menukarkannya dengan kata laluan baru secara dalam talian.






CARA MEMBUAT PENUKARAN KATA LALUAN

Tindakan set semula atau penukaran kata laluan tersebut boleh dibuat dengan mengambil langkah-langkah mudah seperti berikut :

  • Klik pada TERLUPA KATA LALUAN
  • Masukkan Nombor MyKad dan Klik Semak. Pemohon perlu masukkan alamat  e-mel yang telah didaftarkan:
  • Kata laluan sementara akan dihantar kepada alamat e-mel yang didaftarkan.
  • Pemohon perlu menggunakan kata laluan sementara yang diterima melalui e-mel yang didaftarkan tersebut untuk log masuk semula ke MyBPR dan seterusnya pemohon hendaklah mencipta kata laluan yang baharu.


Bagi pemohon yang masih menghadapi masalah dalam melakukan proses ini, mereka boleh menghubungi Hotline BPR di talian 1800-88-2747 atau hadir ke mana-mana Kaunter Perkhidmatan BPR yang berhampiran.


Pastikan ketika hadir ke kaunter Perkhidmatan BPR di Pejabat LHDNM anda sentiasa mengikuti SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.



KENYATAAN RASMI LHDNM











MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai perkara ini boleh dibuat melalui saluran berikut :

  • Hotline BPR di talian 1800-88-2747
  • HASIL Live Chat