Pada 21 Januari 2021 yang lalu, pihak kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengumumkan Pakej Bantuan Rakyat 3.0 Pulau Pinang dengan peruntukan sebanyak RM20 juta.

Tujuan utama bantuan ini adalah untuk melancarkan aliran tunai serta mengurangkan impak serta kos operasi yang terpaksa ditanggung dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Melalui Pakej tersebut, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti kumpulan sasaran dan sebanyak RM10 juta akan diagihkan kepada lima (5) kumpulan sasaran pertama bagi melancarkan aliran tunai serta mengurangkan impak serta kos operasi yang terpaksa ditanggung dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.






Berikut merupakan maklumat-maklumat mengenai permohonan bantuan :


TARIKH PERMOHONAN

Tarikh permohonan bantuan ini boleh dibuat bermula 25 Januari sehingga 28 Februari 2021 secara atas talian. 



5 KUMPULAN SASARAN

Antara 5 kumpulan sasaran ini merangkumi kategori seperti berikut :

1) Bantuan Khas Kewangan One-Off RM500 Penjaja, Penggerai & Peniaga Pasar Tani Peniaga dan penjaja berlesen;

    • Penjaja/penggerai yang berniaga dalam kompleks makanan/kedai persendirian (shop lot);

    • Penjaja/penggerai yang mempunyai tagging serta berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT); dan Peniaga pasar tani (FAMA)

    • Dianggarkan seramai 14,712 peniaga akan menerima manfaat ini dengan peruntukan sebanyak RM7,356,000.00.



2) Bantuan Khas Kewangan One-Off RM200 Kepada Penarik Beca.

    • Seramai 288 penarik beca telah dikenal pasti dengan anggaran peruntukan sebanyak RM57,600.00.


3) Bantuan Khas Kewangan One-Off RM500 Kepada Pengusaha Kantin Sekolah Yang Berdaftar

    • Bantuan akan diberikan kepada 462 pengusaha kantin dengan anggaran peruntukan sebanyak RM231,000.00.


4) Bantuan Khas Kewangan One-Off RM500 Perniagaan Terjejas

    Perniagaan ini meliputi :

    • Perkhidmatan gunting rambut/salun rambut;
    • Perkhidmatan salun kecantikan dan spa;
    • Perkhidmatan pusat refleksologi; dan
    • Perkhidmatan bekam.
    • Seramai 2,929 peniaga yang berlesen dengan PBT telah dikenal pasti, dengan anggaran peruntukan adalah sebanyak RM1,464,500.00.


5) Peruntukan Khas

    • Peruntukan khas RM30,000 kepada semua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen Kerajaan Negeri, ADUN Angkat, Pegawai Penyelaras KADUN dan Pegawai Penyelaras Khas Parlimen untuk membolehkan bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan PKP 2.0 dapat disalurkan dengan segera.






CARA MEMOHON/SEMAK BANTUAN

Perniagaan dan penjaja yang layak untuk mohon perlu membuat pengesahan :

    • Butiran perniagaan
    • Maklumat Individu
    • Maklumat Akaun bank untuk tujuan penyaluran bantuan

Semakan dan permohonan boleh dibuat melalui Portal e-Lesen Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di laman web berikut :



MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan permasalahan boleh menghubungi pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang di :