
Bermula pada bulan Mac hingga bulan November ini, seramai 80,000 pesara, bekas dan petugas polis bakal menerima bayaran RM500 sekali bayar (one-off) yang dibuat secara berperingkat.
Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din berkata, kerajaan bersetuju memberi inisiatif pemberian bantuan itu dalam ucapan Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 pada 26 November tahun lalu.
Pembayaran ini akan dibuat melalui Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis
KENYATAAN SIARAN MEDIA BAYARAN ONE OFF



DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Pemohon perlu menyediakan dokumen sokongan (perlu disahkan) seperti mana yang disyaratkan di dalam Surat Perkeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 7 Tahun 2018.
1. Pesara Polis
- Salinan kad pengenalan awam
- Salinan kad pesara polis/kad pesara JPA
- Salinan akaun bank/salinan penyata bank
2. Bekas Polis/Petugas Polis
- Salinan kad pengenalan awam
- Salinan dokumen pengesahan perkhidmatan
- Salinan akaun bank/salinan penyata bank
Bagi pesara dan bekas polis, mereka hendaklah mengemas kini maklumat mereka sebelum proses pembayaran bermula.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian 'hotline', 03 - 22664011/4012/4013/4014/4015,
Manakala Bilik Gerakan e-Pesara PDRM beroperasi pada 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari bekerja
0 Comments