Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor telah mengumumkan bahawa Bantuan Kewangan Khas Pelajaran untuk pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Sabah akan diberikan kepada semua anak kelahiran negeri ini.

Sekiranya anda pelajar anak Sabah yang berkelayakan, anda boleh membuat permohonan melalui borang permohonan yang telah dikeluarkan oleh setiausaha kerajaan Sabah.

Berikut merupakan maklumat-maklumat mengenai permohonan Bantuan Khas Kewangan IPT.





SYARAT-SYARAT KELAYAKAN 

Bantuan khas ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. Pelajar merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah
  2. Salah seorang ibu atau bapa merupakan anak kelahiran negeri Sabah
  3. Tidak menerima sebarang tajaan biasiswa daripada mana-mana pihak
  4. Pendapatan isi keluarga adalah tidak melebihi RM2,000.00
  5. Umur pelajar hendaklah tidak mekebihi tiga puluh (30) tahun
  6. Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif pada tarikh yang ditetapkan semasa pengambilan data pelajar
  7. Keutamaan adalah diberikan kepada pelajar yang berasal daripada luar bandar.



PERINGKAT PENGAJIAN

Peringkat pengajian pelajar adalah peringkat yang diktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia secara sepenuh masa.

  • Sijil
  • Diploma
  • Ijazah Pertama



DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan dalam proses permohonan bantuan ini hendaklah DISAHKAN terlebih dahulu. 

  1. Borang Bantuan Khas Kewangan Pelajar Sabah (BKPS)
  2. Salinan Sijil Lahir Pelajar dan Ibu Bapa
  3. Salinan Kad Pengenalan Pelajar dan Ibu Bapa (disahkan)
  4. Surat Pengesahan Status Pengajian dari IPT
  5. Slip gaji/surat Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa (disahkan)
  6. Senarai Semak Penghantaran Dokumen
  7. Salinan Penyata Akaun.



CARA MEMOHON

Berikut merupakan Borang Permohonan dan Senarai Semak Dokumen yang anda perlu muat turun sekiaranya anda ingin membuat permohonan.


Borang permohonan yang lengkap besertakan dokumen sokongan mestilah dihantar kepada Bahagian Biasiswa Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.