Program Skim Perantisan Nasional merupakan satu program di bawah inisiatif Kolaborasi Rentas Kementerian yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) khusus untuk melonjakkan kebolehpasaran belia dan menyediakan peluang latihan serta pekerjaan pasca COVID-19.

Objektif program ini adalah menyediakan sistem sokongan dengan memberi pengalaman pekerjaan kepada belia, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam dunia pekerjaan sebenar melalui latihan soft-skills dan on-the-job-training dan membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia.






MANFAAT PROGRAM

Berikut merupakan manfaat-manfaat yang diperoleh oleh perantis : 

  • Perantis berpeluang untuk menimba pengalaman dan mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari dalam realiti pekerjaan sebenar.
  • Meningkatkan potensi diri dan memperoleh kemahiran yang diperlukan melalui pemantauan dan tunjuk ajar tenaga kerja berpengalaman.
  • Membantu menangani kesukaran belia mencari dan mendapat pekerjaan.
  • Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran.
  • Pengalaman yang diperoleh semasa menyertai program ini boleh dijadikan sebagai sandaran dan sokongan untuk mendapatkan tawaran pekerjaan berstatus tetap yang lain.
  • Elaun mobiliti untuk pertukaran/ perpindahan tempat kerja melebihi 100 km.
  • Latihan soft skill secara percuma.



KELEBIHAN PROGRAM

    • Elaun RM1,200 ke atas
    • Peluang diserap untuk terus bekerja
    • Latihan bagi meningkatkan kebolehpasaran


SYARAT KELAYAKAN

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak melebihi 35 tahun.
    3. Memiliki SPM/ STPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf kerajaan
    4. Sanggup mengikuti program sepenuh masa.
    5. Boleh berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
    6. Tidak bankrap
    7. Tiada rekod jenayah.


CARA MEMBUAT PERMOHONAN

  1. Layari laman web perantisan.kbs.gov
  2. Isi borang dengan lengkap besertakan gambar dan resume

Pihak Urus Setia SPN akan menghubungi pemohon melalui emel dalam tempoh 30 hari selepas tarikh permohonan. 



MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Sekretariat SPN melalui maklumat berikut:

Sekretariat Skim Perantisan Nasional (SPN)
Kementerian Belia dan Sukan
Aras 11, Menara KBS
No 27 Persiaran Perdana
Presint 4
62570 Putrajaya

Talian : 03-8871 3265/3264/3463

Emel :  spn@kbs.gov.my
             suraya@kbs.gov.my
             marcella@kbs.gov.my
             akmal.ruslan@kbs.gov.my