Sejak akhir-akhir ini, syarikat penghantaran barang J&T telah heboh di media sosial berkaitan dengan tindakan pekerja yang mengendalikan barang-barang pelanggan secara kasar akibat mogok. 

Syarikat J&T merupakan diantara syarikat penghantaran yang menyediakan perkhidmatan yang pantas dan sangat baik sejak kebelakangan ini. Namun, terdapat beberapa cawangan J&T yang tidak mengendalikan barang pelanggan dengan baik sehingga mengakibatkan pelanggan membuat aduan barang mereka telah rosak dan hilang.

Permasalahan ini boleh diselesaikan melalui tuntutan sehingga RM400 dari J&T sekiranya pengguna menerima barang yang rosak atau hilang.






Berikut akan dikongsikan cara terbaik untuk melakukan tuntutan barang yang rosak/hilang dari J&T



TERMA DAN SYARAT TUNTUTAN

Antara terma dan syarat yang telah ditetapkan bagi membuat tuntutan dari pihak J&T ialah :

1. Aduan perlulah dibuat dalam masa 48 jam barang diterima (J&T ada hak untuk menolak permohonan jika lebih 48 jam)



2. Bagi barangan rosak atau hilang, HANYA penghantar (sender) sahaja boleh membuat tuntutan atau wakil penghantar yang diberikan kuasa oleh penghantar secara bertulis. Jadi kalau anda adalah penerima, anda perlu dapatkan pengesahan bertulis dari penghantar untuk memulakan tuntutan bagi pihak penghantar.

3. Isi borang tuntutan ganti rugi, bukti bayaran melalui penyata bank, resit penghantaran, salinan kad pengenalan atau SSM (kalau syarikat) dan lain-lain. Kemudian semak semula dengan J&T dokumen lain yang diperlukan.



4. Sediakan juga gambar-gambar kerosakan. J&T bakal menilai kerana berdasarkan terma, adalah menjadi tanggungjawab penghantar membuat bungkusan sewajarnya. 

(Gambar membuktikan bahawa barang itu dibungkus elok adalah sangat penting. Tangkap gambar bukti kotak, bubble wrap dan bukti barang pecah dari dalam kotak lagi dan dipercayai sebab kecuaian)


5. Aduan dan tuntutan boleh dibuat di saluran bawah sekiranya bukti sudah mencukupi




SALURAN ADUAN ATAU TUNTUTAN

Aduan atau tuntutan barangan yang rosak boleh dibuat melalui saluran berikut :

  • Talian Hotline 24 jam : 1300-80-9000
  • Email : support@jtexpress.my




JUMLAH TUNTUTAN 

Jumlah tuntutan adalah terhad, bukanlah boleh tuntut mengikut kehendak tetapi berdasarkan syarat dan termanya. 

  • Barang kurang dari 2kg : Tuntutan maksimum RM100 atau lebih rendah
  • Barang melebihi 2.01 kg : Tuntutan maksimum RM300 atau lebih rendah
  • Barangan dari luar negara : Maksimum RM400



CONTOH SITUASI

Situasi 1 
Harga mainan kereta control yang dibeli dan dihantarkan adalah RM130.00. Kerosakannya adalah pada bahagian tayar yang terpatah. Dinilaikan sebanyak RM20 sahaja. Jadi tuntutan hanya RM20 sahaja.


Situasi 2 
Sekiranya kereta control ini hilang walaupun harga RM130, namun jumlah yang boleh dituntut hanyalah RM100 sahaja. Itu sahaja nilai maksimum berdasarkan terma.



Untuk makluman pengguna, setakat ini aduan boleh dilakukan menerusi secara atas talian sahaja iaitu pada laman e-Tribunal – ini disebabkan pelaksanaan PKP, kaunter pertanyaan secara fizikal telah ditutup sehingga 18 Februari kelak.