
Pihak kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan seluruh aktiviti perniagaan yang dinyatakan dibuka semula bermula 10 Februari 2021 yang melibatkan seluruh negeri PKP bagi memastikan kelangsungan ekonomi terutama untuk peniaga kecil.
Keputusan ini dilakukan kerana pihak kerajaan faham akan keadaan ramai peniaga dan pengusaha yang terjejas akibat penutupan premis sepanjang PKP.
Berikut akan dikongsikan berkaitan senarai aktiviti yang dibenarkan untuk mula beroperasi.
SENARAI SEKTOR PERNIAGAAN PERUNCITAN
Antara senarai sektor perniagaan peruncitan yang dibuka semula ialah :
- Kedai Pakaian, Fesyen dan Aksesori
- Kedai Kasut
- Kedai barang photography/perkhidmatan photography
- Kedai barangan terpakai
- Kedai bunga/nurseri
- Kedai kraftangan dan cenderahati
- Kedai antik
- Kedai alat permainan
- Kedai permaidani
- Kedai kandungan kreatif/peralatan industri kreatif
- Kedai outdoor
- Kedai peralatan sukan
- Barangan rumah dan Peralatan dapur
- Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi
- Kedai tembakau
- Kedai aksesori kenderaan
- Restoran (dine in)
- Ar rahnu
SYARAT DINE IN DI RESTORAN
Orang ramai dibenarkan untuk makan dalam restoran/kedai makan dengan syarat :
- 2 orang satu meja
- Penjarakan fizikal dijaga
SENARAI SEKTOR INDUSTRI KREATIF
Berikut merupakan senarai sektor Industri Kreatif yang dibenarkan beroperasi :
- Produksi Animasi/Muzik
- Pasca Produksi di Sudio
- Pembangunan Muzik Secara Digital
- Rakaman Lagu di Studio
- Pra-Produksi Pengambaran
- Pengambaran di Studio
SENARAI PROGRAM LATIHAN BERPUSAT
Program Latihan Berpusat akan dibenarkan bermula 15 Februari bagi pasukan-pasukan dalam :
- Liga Bola Sepak Malaysia (MFL)
- Liga Hoki Malaysia (MHL)
- Liga Sepak Takraw (STL)
PENGGUNAAN MYSEJAHTERA DIWAJIBKAN
Penggunaan aplikasi MySejahtera adalah DIWAJIBKAN di sekitar kawasan capaian internet yang luas.
(Pengecualian diberikan kepada kawasan-kawasan yang tidak mempunyai capaian internet khusunya dalam kawasan kampung dan pedalaman)
Rakyat dinasihatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan walaupun setelah diberi kebenaran ini.
0 Comments