Melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2021 yang bertemakan 'Merangsang Ekonomi Memperkasa Rakyat', pihak kerajaan Negeri Sembilan telah meneruskan inisiatif TUNS dengan peruntukan berjumlah RM3.00juta. TUNS merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000.00 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Sembilan. 

Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui bantuan ini agar dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu aras yang lebih baik dari sebelumnya. 

TUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi.






MAKLUMAT PEMBIAYAAN

Komponen pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000 yang boleh dipohon :

  • Pembelian Mesin dan Peralatan Perniagaan
  • Khidmat Rundingan Pembangunan Produk
  • Promosi dan Pemasaran
  • Pembelian Bahan Mentah
  • Modal Kerja

Keutamaan pembekalan diberikan kepada pembekal atau penyedia perkhidmatan berkaitan di kalangan usahawan Negeri Sembilan atau yang berdaftar dengan PKNNS.




SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Warganegara Malaysia
  • Perniagaan hendaklah didaftarkan atas nama pemohon dan perlu berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) / Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) / Sijil Amalan
  • Profesional daripada Badan-Badan Pengiktiraf dan masih sah tempoh
  • Perniagaan beroperasi DAN beralamat di Negeri Sembilan
  • Perniagaan memenuhi definisi Mikro (Jualan tahunan kurang RM300,000 ATAU bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang – Sumber : SME Corp. Malaysia)
  • Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa



Jenis Perniagaan yang Tidak Layak

Semua jenis perniagaan adalah layak KECUALI :

  • Perkhidmatan insurans / perkhidmatan pengangkutan / Sewaan Kenderaan / Homestay
  • Institusi kewangan / Pinjaman Wang
  • Multi-level Marketing (MLM)
  • Ejen jualan / wakil jualan / dropship
  • Perniagaan nombor ramalan / minuman keras / rokok / rokok elektronik




CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Lengkapkan borang permohonan yang disediakan di laman web berikut :



Dokumen Sokongan 

1. Salinan kad pengenalan

2. Gambar Pemohon Berukuran Passport

3. Salinan Lesen Perniagaan
  • Atas nama pemohon atau nama rakan kongsi pemohon
  • Masih sah tempoh

4. Salinan Perakuan Pendaftaran SSM
  • Setiap helaian mestilah disahkan

5. Salinan Penyata Kewangan  / Akaun Bank
  • Penyata akaun perniagaan / syarikat pemohon atau akaun simpanan pemohon.
  • Akaun mestilah milik pemohon dan mempunyai transaksi aktif yang membuktikan perniagaan pemohon beroperasi.
  • Penyata yang dikeluarkan oleh bank atau penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan online. (Printscreen daripada’ transaction history’ adalah tidak diterima).
  • Penyata yang dikeluarkan melalui kaunter bank perlu mendapat pengesahan dan cop pegawai bank.
  • Tempoh penyata hendaklah sekurang-kurangnya enam (6) bulan.

6. Gambar perniagaan
  • Gambar yang membuktikan perniagaan yang dipohon beroperasi.
  • Gambar hadapan premis.
  • Gambar perniagaan yang sedang beroperasi.
  • Pemohon yang beroperasi dari rumah atau secara online hendaklah memberikan screenshot Laman Web, Facebook, Instagram & Whatsapp yang boleh membuktikan perniagaan yang dijalankan.

7. Salinan Perjanjian Sewa
  • Masih sah tempoh
  • Terpakai untuk permohonan yang melibatkan modal kerja (Bil & Sewa). Perlu disertakan bersama resit asal bayaran sewa dan bil.
  • Bagi pembiayaan melibatkan sektor pertanian dan penternakan, pemohon perlu melampirkan salinan geran tanah dan surat kebenaran pemilik tanah jika tanah bukan milik pemohon.
  • Bil Uitiliti / Resit Pembayaran
  • Resit Asal (tahun semasa) perlu diserahkan sebagai bukti perbelanjaan untuk tujuan modal kerja dan bahan mentah.
  • Resit hendaklah berkaitan dengan permohonan.

8. Sebut Harga
  • Sebutharga Asal yang dikeluarkan oleh pembekal yang layak membekal berserta cop perniagaan pembekal dan mestilah atas nama / nama perniagaan pemohon.
  • Setiap barang yang dipohon mestilah dinyatakan dengan jelas seperti jenama, model / spesifikasi, kuantiti dan harga (bagi tujuan semakan).
  • Nama Pembekal serta maklumat pembekal mestilah lengkap. Keutamaan adalah pembekal dari Negeri Sembilan dan jika pembekal adalah dari luar Negeri Sembilan, pemohon perlu mengisi ruangan perakuan/justifikasi pemilihan pembekal tersebut.
  • Barang / peralatan yang dipohon hendaklah berkaitan dengan perniagaan dan menjadi aset kepada perniagaan dan bukan stok jualan. (sertakan surat justifikasi permohonan peralatan jika perlu)
  • Stok jualan adalah dikategorikan sebagai bahan mentah.
  • Renovasi adalah tidak termasuk dalam pembiayaan kecuali bagi permohonan melibatkan pertanian dan penternakan.

NOTA : 

Setiap helaian dokumen sokongan mestilah disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan. (Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/  Pengerusi MPKK).


Tarikh Tutup permohonan adalah 8 MAC 2021




MAKLUMAT LANJUT 

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS)
PKNNS, 23-H, Jalan Zaaba,
70100 Seremban, Negeri Sembilan

Telefon : 06-761 6871
E-mel : usahawanpknns@gmail.com
Laman web  tuns.my