Pihak kerajaan telah mewujudkan Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) bagi memberikan kemudahan kepada ahli KWSP  yang berpendapatan sederhana atau golongan M40 untuk berpeluang memiliki sebuah rumah di bawah Skim Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dengan memanfaatkan simpanan KWSP Ahli Sedia Ada serta caruman bulanan di masa depan.

Untuk makluman, lokasi perumahan PR1MA ini dibangunkan di pusat-pusat bandar yang utama di seluruh negara dengan unit-unit yang ditawarkan pada harga yang berpatutan tanpa menjejaskan kualiti hartanah. Permohonan membeli rumah PR1MA melalui simpanan KWSP boleh dilakukan sebelum mencapai umur sasaran. 






Berikut merupakan perkongsian tentang cara melakukan permohonan pengeluaran KWSP untuk membeli rumah PR1MA. 


KOS PERUMAHAN PR1MA

Kos bagi semua perumahan PR1MA hanya berharga antara RM100,000 hingga RM400,000 sahaja. 

Jika hendak dibandingkan dengan kebanyakan rumah di luar sana, harga yang ditawarkan adalah lebih murah kerana program ini memang menyediakan rumah pada harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan golongan M40. 



SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Hanya para pencarum dan ahli KWSP yang memenuhi syarat berikut sahaja yang layak untuk melakukan permohonan pengeluaran simpanan KWSP untuk membeli rumah PR1MA. 

  • Warganegara Malaysia 
  • Berumur di bawah 55 tahun
  • Pembeli rumah PR1MA
  • Mendapat pinjaman perumahan melalui Skim Pembiayaan Fleksibel PR1MA (SPEF)
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan ATAU pernah membuat Pengeluaran Perumahan tetapi sudah menjual / melepaskan hak milik harta. 



KAEDAH PENGELUARAN KWSP

Berikut merupakan kaedah yang pengeluaran KWSP yang anda perlu tahu sebelum membeli rumah :

  • Pengeluaran ini hanya untuk pembiayaan rumah PR1MA dan bayaran akan dikreditkan terus ke institusi kewangan. 
  • Jika baki di dalam Akaun 2 kurang daripada jumlah bayaran bulanan yang diminta, pihak KWSP akan membayar jumlah penuh di dalam Akaun 2 (tertakluk kepada bayaran minimum RM50). 
  • Kesemua pengeluaran sebelum persaraan di dalam Akaun 2 akan dihadang. 
  • Jika rumah anda dijual melalui prosiding halang tebus (foreclosure), hadangan ke atas simpanan Akaun 2 akan diteruskan melainkan mendapat arahan bertulis dari institusi kewangan.
  • Pihak KWSP tidak bertanggungjawab untuk bayaran lambat atau tiada bayaran disebabkan tiada caruman atau akaun dibekukan. 
  • Setelah mencapai usia 55 tahun dan anda layak untuk membuat Pengeluaran Persaraan, anda bertanggungjawab menyelesaikan pinjaman tertunggak dengan institusi kewangan bagi kediaman PR1MA anda. 
  • Hadangan akan dilepaskan setelah ahli mencapai usia 55 tahun membuat pengeluaran kesemua simpanan iaitu Pengeluaran Pekerja Berpencen, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Kematian dan Pengeluaran Meninggalkan Negara atau mendapat arahan bertulis dari institusi kewangan. 



JUMLAH PENGELUARAN SIMPANAN KWSP

Berikut merupakan jumlah pengeluaran simpanan KWSP untuk pembayaran rumah PR1MA:

  • Ditentukan oleh ahli KWSP
  • Tertakluk kepada perjanjian dengan institusi kewangan
  • Sebahagian atau semua simpanan Akaun 2 (minimum RM50)



CARA MEMOHON

Langkah 1
  1. Ahli mendaftar dan memohon Perumahan PR1MA (DAFTAR)
  2. Ahli menerima Surat Tawaran Pembelian daripada PR1MA


Langkah 2
  1. Ahli hadir ke Institusi Kewangan untuk urusan pinjaman perumahan.
  2. Ahli membuat permohonan:
    • Hadangan simpanan
    • Pengeluaran PPP
    • Penstrukturan semula
    • Pembatalan hadangan simpanan.
3. Insitusi Kewangan mengesah dan menghantar permohonan ahli ke KWSP



Langkah 3
  1. Memproses permohonan ahli yang diterima dari institusi Kewangan.
  2. Makluman kepada ahli melalui SMS/Mesej sekuriti i-Akaun/ Notis



MAKLUMAT LANJUT/PERTANYAAN

Sila hubungi:
  1. Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran
  2. Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000

Ahli juga boleh melayari laman web KLIK SINI bagi mendapatkan maklumat lanjut.