DS Najib Cadangankan Benarkan Pengeluaran Akaun 1 KWSP Sehingga RM10,000


Sebelum ini, KWSP telah memperkenalkan skim i-Lestari KWSP dimana ahli dibenarkan membuat pengeluaran akaun simpanan 2 demi meringankan beban kewangan ahli berdaftar untuk membeli keperluan asas bulanan dalam tempoh pandemik Covid-19 ini.

Jumlah pengeluaran yang dibenarkan adalah sebanyak RM500 untuk tempoh 12 bulan (maksimum).

Cadangan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Cadangan untuk mengeluarkan wang simpanan daripada Akaun 1 KWSP secara one-off sehingga RM10,000 telah diutarakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana keadaan Malaysia yang semakin tidak menentu dengan PKPD di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Sabah.

PKPD di kawasan bandar utama Malaysia telah menyebabkan keadaan rakyat semakin terjejas akibat terutama bagi individu yang dibuang kerja.


Cadangan ini telah disokong baik oleh ramai rakyat kerana ianya amat bersesuaian untuk menjaga kebajikan rakyat dikala kesempitan dan kesusahan ketika covid ini.

Jom baca lebih lanjut mengenai saranan Datuk Seri Najib dalam postingnya di FB Page beliau.

Diharapkan Abah dapat merealisasikan cadangan ini untuk kebenaran pengeluaran KWSP akaun 1 dan seterusnya meringankan beban rakyat Malaysia dikala musim covid ini.