Program Subsidi Upah RM600 Kekal , Dinaikkan Ke RM800 Dan RM1200 Sebulan Bagi Membantu Pekerja Dan Majikan

Program Subsidi Upah merupakan perluasan kepada Program Pengekalan Perkerjaan iaitu bantuan kewangan segera bagi membantu majikan yang mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 50% supaya dapat mengekalkan pekerja yang bergaji RM4000 dan ke bawah

Majikan perlu membuat tuntutan bagi pihak pekerja untuk pelaksanaan Program Subsidi Upah yang diumumkan kerajaanpada 27 Mac lepas iaitu pemberian RM600 kepada pekerja setuap bulan selama 3 bulan . Pemberian RM600 ini dikhaskan untuk majikan yang mempunyai lebih dari 200 orang pekerja

Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga 200 orang , syarikat akan terima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja 

Akhir sekali, bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang , syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat-syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata majikan yang menuntut tidak dibenarkan membuang pekerja, memotong gaji, mahupun mengarahkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji tempoh 3 bulan selepas program ini dilaksanakan

Berikut adalah perkongsian mengenai syarat syarat kelayakan permohonan, cara untuk memohon dan kaedah pembayaran dilakukan

Program Subsidi Upah 2.0 

Bagi membantu para majikan yang terjejas akibat pandemik covid 19 , Perdana Menteri  juga mengumumkan

Kaedah Pembayaran 

  • Bayaran perlu dikreditkan terus ke dalam akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO
  • Bayaran bagi pekerja yang layak dibawah insentif ini akan dilaksanakan melalui majikan

Cara memohon 

  • Permohona perlu dikemukakan oleh majikan bagi pihak pekerja mereka bermula 1 April 2020 melaui laman web PERKESO

  • Pekerja akan menerima bantuan ini selama 3 bulan iaitu sebanyak RM600 setiap bulan. Untuk maklumat lanjut emelkan pertanyaan anda ke perkeso@perkeso.gov.my atau layari laman web rasmi PERKESO