PERMOHONAN PROGRAM SUBSIDI UPAH 2.0 TELAH DIBUKA. PERMOHONAN BERMULA HARI INI. 

Program Subsidi Upah 2.0 adalah lanjutan daripada PSU yang terdahulu dimana telah diperkenalkan pada 1 april 2020 dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.



Seperti sedia maklum PSU 2.0 ini masih sama tujuannya untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akiba pandemik Covid -19 agar dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja kehilangan pekerjaan dan pelbagai sektor.

Tarih Permohonan Program Subsidi Upah 2.0 

Untuk permohonan baharu pula adalah tertumpu kepada majikan yang tidak pernah menerima bantuan PSU dan akan layak menerima subsidi upah sehingga 6 bulan.

Maklumat dan Info Program Subsidi Upah (PSU 2.0) Kita Prihatin

Ciri-ciri Program Subsidi Upah 2.0

Ciri-ciri utama Program Subsidi Upah 2.0 ini ialah : 

  • Subsidi upah diberi kepada majikan yang masih terjejas iaitu syarikat yang sejak PKPP masih menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30% berbanding tahun lepas 
  • Subsidi upah diberi sehingga 3 bulan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja
  • Permohonan dibuka dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020
  • Permohonan baharu yang tidak pernah menerima bantuan di bawah Program Subsidi Upah 2.0 , mereka layak menerima subsidi upah sehinhgga 6 bulan
Ingin dapatkan maklumat dengan lebih lanjut mengenai PSU 2.0 ? Klik LEBIH LANJUT untuk ketahui cara memohon serta pautan yang berkaitan