BPN 2.0 : CARA KEMASKINI BPN 2.0

Untuk makluman bayaran BPN 2.0 fasa pertama akan dibayar pada Oktober 2020. Persoalannya, mungkin ada sesetengah perkara yang perlu dikemaskini oleh para pemohon. Oleh itu, anda perlu rujuk maklumat di bawah ini.


APAKAH JENIS MAKLUMAT YANG PERLU DIKEMASKINI DALAM BPN 2.0 ?

Memandangkan bahawa platform kemaskini masih lagi menggunakan portal rasmi https://bpn.hasil.gov.my/, maka tidak ada perbezaan dengan proses update seperti sebelum ini.

Secara amnya, berikut adalah beberapa perkara yang anda kemaskini :

  • NOMBOR AKAUN BANK TERKINI
Contohnya, dahulu guna Bank Islam untuk terima pembayaran. Tetapi anda sudah tutup Bank Islam tersebut atas sebab-sebab tertentu. Maka, anda perlu gantikan ke akaun bank baharu anda
  • STATUS PERKAHWINAN TERKINI
Jika anda telah berkahwin, jangan lupa kemaskini BPN 2.0 jika status dalam sistem masih bujang.

Jika anda sudah bercerai, anda juga perlu kemaskini BPN 2.0 jika status asal masih berkahwin.
  • NOMBOR TELEFON TERKINI
Jika anda telah menukar nombor telefom, anda juga perlu kemaskini dalam portal BPN.

Sekiranya anda gagal atau tidak kemaskini untuk BPN 2.0, kemungkinan terdapat beberapa maklumat anda tidak terima yang dihantar melalui SMS atau Panggilan ke nombor lama tersebut.
  • MAKLUMAT ANAK TERKINI
Jika jumlah anak bertambah, contohnya dari 1 kepada 2 orang anda juga perlu mengemaskini.

CARA MENGEMASKINI BPN 2.0 

  1. Anda perlu layari portal rasmi BPN : https://bpn.hasil.gov.my/
  2. Tekan butang LOG MASUK pada bahagiam MENU sebelah kanan.
  3. Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan 
  4. Tekan butang semak
  5. Anda telah dapat Log Masuk ke dalam sistem anda
  6. Tekan butang Papar Borang untuk melihat dan menyemak maklumat lebih terperinci yang telah didaftarkan. Anda akan lihat :
      1. Nama
      2. Kad Pengenalan
      3. Status Permohonan 
      4. Jumlah Keseluruhan BPN
      5. Maklumat Pendapatan
      6. Selepas Papar Borang, klik butang Kemaskini
      7. Sila buat kemaskini jika terdapat maklumat yang perlu diubah.
    Maklumat Lanjut & Pertanyaan BPN 2.0

    Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui mana-mana talian berikut :
    • 03-8882 9089/9087/9191/4565/4566