Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Akan Disalur Pada Hujung Oktober Ini ~ PM Muhyiddin

Pada sidang perutusan khas sebentar tadi, YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini mengumumkan Kerangka Insiatif Tambahan Prihatin (KITA PRIHATIN) dengan peruntukan sejumlah RM10 bilion.
Pada peruntukan tersebut sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan bagi Bantuan Prihatin Nasional 2.0.
Peruntukan tersebut akan disalurkan kepada dua ansuran iaitu pada penghujung bulan Oktober 2020 dan Januari 2021. Ini adalah peruntukan dana yang akan diperolehi rakyat Malaysia yang layak:

  • RM1,000 kepas 3.7 juta isi rumah kelas B40
  • RM500 kepada 3.8 juta kelas B40 bujang
  • RM600 kepada sekitar 1.4 juta isi rumah kelas M40
  • RM300 kepada 1.7 juta kelas M40 bujang
Untuk maklumat pembaca, tiada sebarang permohonan perlu dilakukan, ini kerana bantuan tersebut akan disalurkan secara automatik kepada penerima yang layak menerima bantuan.

Bagi mereka yang tidak layak, kerajaan akan membuka ruang permohonan kelak.