KWSP Umum Berita Gembira – Kerajaan tidak akan menghalang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melaksanakan pengeluaran KWSP secara berkala atau bulanan kepada pencarum yang mencapai usia persaraan 55 tahun sebagai keperluan wajib.

Perdana Menteri telah menyatakan sokongan tersebut selepas menghadiri International Social Wellbeing Conference (ISWC) di sebuah hotel di Kuala Lumpur tempoh hari.

Anwar menyatakan bahawa cadangan pengeluaran ini sedang dalam peringkat akhir dan bergantung kepada keupayaan KWSP.

CEO KWSP UMUM BERITA GEMBIRA MENGENAI PENGELUARAN KWSP

Namun begitu, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, terdapat beberapa kekangan terutamanya bagi pencarum yang mempunyai simpanan yang kecil.

Sebelum ini, Datuk Seri Amin Hamzah menyatakan bahawa mereka bersedia untuk mempertimbangkan pengeluaran KWSP secara berkala atau bulanan.

Pengeluaran ini bagi pencarum yang mencapai usia persaraan 55 tahun sebagai keperluan wajib untuk ahli baharu.

Menurut beliau, pada masa ini, pengeluaran KWSP berkala atau bulanan dilakukan secara sukarela dan memberikan peluang kepada ahli untuk menguruskan wang persaraan dengan lebih baik.

Beliau juga menjelaskan bahawa pengeluaran KWSP ini juga memberi peluang kepada ahli untuk terus menikmati dividen tahunan.

Dalam majlis tersebut, Anwar juga melancarkan versi baharu Aplikasi i-Akaun KWSP yang mempunyai ciri-ciri inovatif dan interaktif untuk meningkatkan pengalaman pengguna.

Platform yang ditingkatkan ini akan menyediakan pelbagai fungsi bagi ahli untuk melakukan transaksi berkaitan KWSP termasuk kalkulator simpanan persaraan baharu yang membantu ahli menilai kecukupan simpanan KWSP ketika bersara nanti.

KERAJAAN AKAN SENTIASA RANGKA INISIATIF KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan sebuah institusi kewangan di Malaysia yang menyediakan perlindungan dan kepentingan pencarumnya. Berikut adalah beberapa inisiatif KWSP yang dilakukan untuk manfaat pencarum :

SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL (SSPN)

KWSP melancarkan SSPN sebagai satu bentuk inisiatid untuk membantu pencarum menyimpan dana untuk tujuan pendidikan anak-anak. SSPN adalah skim simpanan yang menawarkan pelbagai faedah termasuk potongan cukai dan dividen lumayan.

PENYEDIAAN RUMAH PERTAMA

KWSP membenarkan pencarum menyelaraskan dana dalam akaun KWSP mereka untuk digunakan sebagai pembayaran deposit rumah pertama. Inisiatif ini memberi kelebihan kepada pencarum dalam memperoleh pembiayaan perumahan dengan kadar faedah lebih rendah.

PENGELUARAN AKAUN 2 BAGI TUJUAN PERUMAHAN

KWSP memperkenalkan inisiatif ini yang membenarkan pencarum untuk membuat Pengeluaran KWSP sebahagian atau keseluruhan baki akaun 2 mereka untuk membayar ansuran perumahan bulanan atau pembelian rumah pertama.

CEO KWSP UMUM BERITA GEMBIRA PENGELUARAN KWSP FSA2

FSA2 adalah bertujuan untuk memboleh ahli KWSP membuat permohonan awal Pengelauran KWSP bersyarat umur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu ahli KWSP mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Permohonan ini memboleh ahli mengambil kira simpanan yang ada dalam akaun 2 untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada insitusi perbankan di mana bayaran pengeluaran hanya akan dibuat kepada pihak institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran ahli.

Pada masa yang sama, ahli perlu membayar ansuran bulanan sepertimana yang ditetapkan oleh institusi perbankan.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pengeluaran KWSP, sila hubungi :

  • Telefon : 03-8922 6000
  • Faks : 03-8922 6222
  • Laman Web KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/
  • Masa Operasi KWSP : Isnin – Jumaat (8:00 Pagi – 5:00 Petang) kecuali Sabtu, Ahad, Hari Kelepasan Am.