
Sama seperti tahun sebelumnya apabila Bajet 2022 dibentangkan, Bantuan e-Wallet 2023 untuk belia akan diteruskan pada tahun ini. Ia diumumkan semasa pembentangan Bajet 2023 baru-baru ini oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim pada 24 Februari 2023
Apa yang menarik mengenai e-Tunai tahun ini adalah ia menawarkan kadar bantuan tambahan sebanyak RM200 berbanding RM150 sebelum ini sahaja.
e-Tunai dijenamakan kepada e-Tunai Belia Rahmah.
e-Tunai Belia Rahmah 2023
Berdasarkan keprihatinan kerajaan sedia ada terhadap belia di seluruh negara, program e-Tunai bagi tahun 2023 akan diteruskan.
Bagi memupuk pembayaran tanpa tunai, inisiatif ini akan memanfaatkan 2 juta belia yang berumur 18 sehingga 20 tahun.
Untuk makluman, kadar bayaran eBeliaRahmah pada tahun ini akan dinaikkan berbanding kadar sebelumnya.
Kadar Bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023
Bagi memupuk pembayaran tanpa tunai, inisiatif e-Belia rahmah akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-wallet kepada yang layak:
- e-Tunai Belia Rahmah : RM200
Syarat Kelayakan Bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023
Berikut dikongsikan syarat kelayakan bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023:
- Belia berumur 18 sehingga 20 tahun: dan
- Pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas
0 Comments