KUALA LUMPUR – Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berjumlah RM3,100.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dan kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2023.

“ Bmanfaat yang lebih daripada STR. Antaranya ialah isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak eberapa pembaharuan diambil kira supaya isi rumah yang benar-benar terkesan, mendapat manfaat yang lebih daripada STR. Antaranya ialah isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak terima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

“Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data eKasih,” katanya dalam pada pembentangan Belanjawan 2023 pada Jumaat.

Menurut Menteri Kewangan itu lagi, sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga secara baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka.

“Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak terima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

“Secara keseluruhan, STR akan membantu meringankan beban sara hidup hampir 9 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

“Walaupun STR dikaitkan sebagai bantuan kepada B40, tetapi mengambil kira bilangan penerima, sebenarnya STR telah memanfaatkan lebih 60 peratus daripada rakyat dewasa negara.

“Tidak dilupakan, kepada 2 juta orang belia 18 hingga 20 tahun, Kerajaan akan menawarkan kredit e-Tunai Belia Rahmah berjumlah RM200 dengan peruntukan RM400 juta,” katanya.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Seperti yang sedia maklum, STR fasa 1 telahpun disalurkan kepada rakyat sebelum ini dan menurut kenyataan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, STR ini akan membantu golongan B40 yang melibatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.

Kenyataan Perdana Menteri

Lantaran, beliau menyatakan bahawa kerajaan juga membuat pembaharuan terhadap Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan menyediakan sumbangan sebanyak RM2,500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

Bukan itu sahaja, menurut beliau kerajaan juga akan menyediakan dan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih yang mana sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600 kepada mereka layak menerimanya.

Tambah beliau, kerajaan juga akan memberikan kredit E-Tunai Belia Rahmah yang berjumlah RM200 kepada belia berusia 18-20 tahun dengan peruntukan sebanyak RM400 juta.

Pembaharuan Yang Dilaksanakan

Berikut adalah ringkasan pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat :

  • Sumbangan sebanyak RM2,500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
  • Sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas.

Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.

  • Sumbangan kredit E-Tunai Belia Rahmah yang berjumlah RM200 kepada belia berusia 18-20 tahun