Sebelum ini, rakyat telah banyak mendesak kerajaan untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP. Akan tetapi, semasa pembentangan belanjawan 2023 yang lepas tiada menyentuh perkara berkaitan Pengeluaran Khas ini dan membawa kemungkinan besar bahawa Pengeluaran Khas KWSP tersebut tidak akan diluluskan.

Sehubungan dengan itu, kerajaan telah memperkenalkan bantuan tambahan ini kepada pencarum KWSP.

antuan Tambahan Khas RM500

Pengumuman daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa caruman KWSP akan ditambah sebanyak RM500 kepada setiap individu dengan kelayakan.

Ini bermakna tidak semua rakyat layak menerima banuan tambahan ini.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah kelayakan bagi mereka yang berhak menerima bantuan ini,

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 40 hingga 54 tahun.
  • Pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang dari RM10,000 dalam satu akaun KWSP.

Bantuan Akan Dikreditkan

Sekiranya anda layak untuk menerima bantuan ini, ia akan terus dikreditkan ke dalam akaun 1 KWSP.

untuk pengetahuan anda, bantuan ini hanya boleh dikeluarkan dan digunakan ketika berumur 55 tahun dan ke atas sahaja berikutan ini adalah tambahan simpanan untuk hari tua kelak.