Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan beberapa inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2023.

Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini berkata inisiatif tambahan baharu itu melibatkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.

Berikut dikongsikan info ini selanjutnya. 


Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM200

Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan bagi meringankan beban golongan berkenaan menjelang Aidilfitri dengan kos bernilai RM170 juta.

Dalam Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada nelayan dan RM200 sebulan untuk pesawah padi untuk tempoh tiga bulan semusim serta menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan kepada pekebun kecil getah.



Menurut PM, Belanjawan 2023 termasuk inisiatif baharu ini adalah bukti komitmen Kerajaan Perpaduan untuk membawa perubahan kepada negara Malaysia, selain bukti ketegasan kerajaan untuk menambah baik tadbir urus bagi menjamin menjamin kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Disebabkan tanggungjawab ini besar, PM berkata semua pihak perlu memainkan peranan bagi menjayakannya.