
Tahukah anda semua , Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPT) telah memperkenalkan insiaitif terbahadu untuk pembiayaan perumahan di Malaysia menerusi Home Ownership Programme (HOPE) iaitu Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) .
Inisiatif yang diperkenalkan ini dapat memberikan manfaat dalam memiliki rumah khususnya mereka yang teridiri daripada golongan B40 , M40 serta pekerja sektor yang tidak formal.
Inisiatif ini juga dapat membuat langkah dalam menyokojg sasaran penyediaan sebanyak 500,000 rumah mampu milik yang bakal menjelang pada tahun 2022.
TUJUAN I-BIAYA
Untuk pengetahuan anda semua , terdapat 3 tujuan utama inisiaitf yang diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) seperti :
- Menyediakan jaminan kepada pembeli rumah yang pertama
- Menyediakan khidmat nasihat / konsultasi / kaunseling dalam pengurusan kredit
- MenyediakN pembiayaan bagi yang berhadapan dengan masalah akses kepada pembiayaan perumahan
SKIM PEMBIAYAAN YANG DISEDIAKAN
Berikut merupakan 3 skim pembiayaan yang telah ditawarkan melalui inisiaitf terbaharu ini :
1) Skim Rumah Pertamaku (SRP)
- SRP adalah merupakan salah satu skim yang membantu pembeli rumah pertama dalam golongan M40 serta B40 agar memilik sebuah rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan
2) Skim Rent - To - Own (RTO)
- Skim RTO ini juga adalah skim pemilikan perumahan berkonsepkan sewa beli dan terbuka kepada semua unit PR1MA yang sedia ada
3) Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
- SKJP merupakan skim agar dapat membantu pembeli rumah pertama daripada golongan tidak mempunyai pendapatan yang tetap mendapat pembiayaan perumahan
CARA MOHON
I. Permohonan Skim Rumah Pertamaku (SRP)
- Pemohon digalkkan untuk mencari rumah idaman serta mereka harus mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli/resit bayaran tempatam dan lain - lain
- Anda juga boleh membuat semakan status kelayakan pembiayaan rumah melalui portal rasmi SRP di https://srp.com.my/bm/eligibility-criteria
- Sediakan dokumen seperti slip gaji dan penyata
- Seterusnya , anda boleh menghantar permohonan pembiayaan perumahan SRP ke cawangan bank-bank yang terlibat
II. Permohonan Skim Rent - To - Own (RTO)
- Anda boleh membuat akaun di https://www.prima.my/
- Kemduian , sila pilih unit OTP yang sedia ada untuk dikeluarkan
- Pemohon mula membuat permohonan skim RTO bersama Maybank
- Pihak Maybank akan menghubungi anda untuk memproses permohonan tersebut
- Maybank akan mengeluarkan keputusan permohonan skim RTO kepada pemohon
- Perjanjian akan disediakan untuk ditandatangani
- Pemohon juga akan menandatanganj Perjanjian Jual Bsli (SPA) antara pemohon dan PR1MA dan perjanjian Skim RTO antara pemohon dan maybank
- Pemohon akan menerima kunci rumah daripada PR1MA
III. Permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
- Bakl peminjam akan mengenal pasti untuk kediaman yang dikehendaki
- Seterusnya , anda boleh buat permohonan serta serahkan dokumen berkaitan kepada institusi kewangan yang terlibat
- Bank akan menilai dan menyemak permohonan peminjam dan akan hantar permohonan ke SKJP bagi jaminan perlindungan
- SJKP akan menyemak permohonan serta menyediakan jaminan perlindungan (Jika memenuhi kriteria yang telah ditetapkan)
- Intitusi kewangan akan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan SJKP
- Peminjam juga akan menerima LO dan memiliki idaman mereka selepas institusi kewangan mengeluarkan pembiayaan
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai i-Biaya , anda boleh terus layair laman web portal rasmi di https://www.kpkt.gov.my/ .
0 Comments