[TERKINI] Bantuan Laptop Percuma B40 Tahun 2022

Kementerian Pengajian Tinggi KPT telah mengumumkan bahawa akan memberikan bantuan yang melibatkan Pakej Pelan Data Percuma dan juga peranti siswa (laptop) secara percuma untuk kumpulan dan golongan pelajar IPT B40 di Malaysia.

Untuk pengetahuan yang lebih lanjut, bantuan ini adalah bertujuan demia memudahkan urusan para pelajar agar dapat meneruskan pembelajaran secara atas talian (online) dengan lebih mudah justeru dapat membantu meringankan beban keluarga bagi golongan b40.
.
CARA MOHON BANTUAN PELAN DATA PERCUMA B40 :

Untuk pengetahuan anda, semua pelajar mahupun mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) layak untuk memohon bantuan ini tanpa mengira sama ada mereka daripada kalangan pelajar Politeknik, Kolej Komuniti, IPTS dan Universiti Awam (UA).

Berikut adalah merupakan cara memohon bantuan pelan data percuma B40:
  1. Pemohon perlu pergi ke bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) pusat pengajian anda.
  2. Jika anda layak menerima bantuan ini, anda akan diberikan kad sim secara percuma.


TARIKH PERMOHONAN

Permohonan in akan dibuka pada 15 April 2022, kementerian akan buka sebuah portal rasmi di mana pelajar mahupun di luar bandar daripada kumpulan berpendapatan rendah (B40) boleh memohon laptop atau tablet tersebut.

“Beritahu mak dan ayah tak payah keluar duit nak beli laptop atau tablet. Mulai 15 April ini buat saja permohonan kepada kementerian secara online, kerajaan akan berikan percuma, ” kata Tan Sri Annuar Musa ketika berucap pada Program Santai Bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Bersama Keluarga Malaysia Daerah Sandakan, hari ini.

KERAJAAN JANJI BERI PERANTI TERBAIK

Tan Sri Annuar Musa yang juga merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia turut menyatakan bahawa sebanyak 450,000 peranti dijangka akan diedarkan untuk tahun ini melalui tiga fasa pemberian.

Dalam masa sama, pihaknya juga memberikan jaminan, peranti yang akan diberikan adalah yang berkualiti tinggi, dan bukan ‘cap ayam’.

“Saya harap pada minggu pertama Jun, kita mula mengedarkan tablet kepada mereka yang memohon yang mungkin akan membabitkan beratus ribu anak muda siswa siswi.

“Mereka akan mendapat tablet berkualiti tinggi bukan cap ayam… Saya jamin kita akan beri kualiti yang terbaik,” katanya.