BANTUAN KEWANGAN RM450 SEBULAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA 

Jabatan Kebajikan Masyarakat ditubuhkan berlandaskan 5 aspek utama iaitu perlindungan

  1. pemulihan
  2. pencegahan
  3. pembangunan
  4. pengintegrasian
  5. perlindungan

Pelbagai jenis bantuan telah dihulurkan kepada masyarakat yang memerlukan termasuklah daripada kanak-kanak sehingga orang tua untuk meringankan lagi bebanan keluarga.

JENIS BANTUAN

  • Elaun pekerja Orang Kurang Upaya
Tujuan pemberian insentif ini adalah untuk menggalakkan OKU terus bekerja serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

KADAR BANTUAN

Pemberian kadar bantuan adalah seperti berikut :

  • RM 450 sebulan untuk OKU yang layak
  • Pembayaran akan dilaksanakans setiap bulan

KRITERIA KELAYAKAN

Berikut adalah kriteria kelayakan yang diperlukan untuk membuat permohonan :
  1. Merupakan Warganegara, tinggal dan bekerja di Malaysia
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas
  3. Pemegang kad OKU JKM
  4. Pendapatan bulanan adalah RM 1,500 dan ke bawah atau
  5. mana-mana kes yang layak dipertimbangkan
Pelaksanaan bantuan ini adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan.

CARA PERMOHONAN

Pengendalian permohonan bantuan tersebut boleh dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat di seluruh negara.
Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan permohonan, anda perlu membawa beberapa dokumen penting seperti
Sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus rujuk ke cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan anda. Permohonan bantuan adalah dibuka bila-bila masa tanpa tarikh tutup dan jumlah bantuan adalah RM 450 sebulan