Setelah berapa lama rakyat Malaysia kurang mendengar berita ataupun info tentang isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Malaysia (KWSP). Tetapi kini terdapat sebuah pembaharuan mengenai pengeluaran KWSP tersebut.

Sebelum ini, rakyat Malaysia terus menrus untuk mendesak pihak kerajaan agar meluluskan pengeluaran one-off KWSP berjumlah RM 10,000. Tetapi kekal tiada perubahan

Oleh itu, pada 1 Mac 2022 terdapat seorang Ahli Parlimen mencadangkan sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai i-Ceria yang sebelumnya ialah Cadangan Pengeluaran Akaun 1Ramai yang gembira dan mengharapkan cadangan pengeluaran KWSP buat kali terakhir, i-Ceria, yang dicadangkan di Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif akan dapat direalisasikan.

Namun buat masa ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak bercadang membenarkan lagi pengeluaran oleh pencarum sebelum had umur yang ditetapkan.

OBJEKTIF i-CERIA
Menurut beliau, pelaksanaan i-Ceria ini kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hidup.

Tambahan beliau, tuntutan tersebut bukan menidakkan kebimbangan kerajaan terhadap simpanan hari tua, tuntutan beliau juga bukanlah untuk menafikan fakta mengenai 20 peratus daripada pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua.

Menurut beliau, tuntutan yang dibuat pada hari ini adalah untuk memastikan permintaan Keluarga Malaysia dipenuhi, khususnya mereka yang bergelut akibat pandemik ditambah pula musibah banjir yang berlaku baru-baru ini.

TARIKH PELAKSANAAN
i-Ceria KWSP ini bukanlah bantuan kewangan yang pasti akan disediakan oleh pihak kerajaan tetapi hanya cadangan daripada ahli parlimen.

Walau bagaimanapun, cadangan yang dibuat oleh Mohd Salim dipersetujui oleh beberapa Ahli Parlimen termasuk Datuk Mohd Nizar Zakaria, M Karupaiya, Datuk Seri Hasan Arifin dan Datuk Dr Xavier Jayakumar.

Semoga cadangan yang dibuat oleh beberapa ahli parlimen ini diutarakan dan diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan menteri-menteri yang sepatutnya.