Sebanyak 12,000 graduan bakal mendapat manfaat daripada pelaksanaan program MoHE x Shopee: Siswa Mall yang menyediakan latihan dalam aspek e-dagang serta kemahiran berniaga dalam talian kepada para graduan institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia.

MoHE x Shopee: Siswa Mall adalah hasil kolaborasi strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan pihak Shopee Malaysia bagi membentuk lebih ramai usahawan dalam kalangan pelajar dan graduan IPT berpandukan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021 hingga 2025.





GOLONGAN SASARAN

Kira-kira 12,000 graduan bakal mendapat manfaat tersebut merangkumi:

  • 5,000 graduan institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
  • 5,000 graduan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS)
  • 2,000 graduan politeknik dan komuniti

Sasaran adalah bagi graduan tahun 2019, 2020 dan 2021.



MANFAAT MOHE X SHOPEE: SISWA MALL

Shopee Malaysia dilantik untuk:

1. Latihan keusahawan dan platform perniagaan dalam talian kepada graduan

2. Para graduan dapat dilatih dan diperkasakan khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan bidang keusahawan dan e-dagang

3. Setiap pelajar yang berjaya dilatih di bawah program tersebut dan memulakan kedai di Shopee akan turut menerima ‘Pakej Bantuan Usahawan Siswa‘ yang disalurkan KPT kepada pelajar melalui Shopee

4. Pakej berkenaan merangkumi baucar kedai Shopee, kredit iklan sertai manfaat lain yang bertujuan untuk membantu usahawan siswa dalam perjalanan e-dagang mereka serta meningkatkan jualan kedai mereka

5. Program ini juga adalah salah satu program sokongan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi 

6. Pengajian Tinggi (PTKIPT) 2021-2025 dan menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM) 2015-2025.

7. Pada masa yang sama pelancaran ini juga adalah satu inisiatif positif ke arah memenuhi aspirasi negara untuk menambah bilangan graduan yang memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.



Nota: 

Maklumat lanjut mengenai pendaftaran atau pelaksanaan program MoHE x Shopee: Siswa Mall akan dimaklumkan sekiranya terdapat maklumat terbaru dari pihak KPT.