Jawatan Terkini. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi permohonan kekosongan jawatan di Jabatan Perdana Menteri Serta Di Pelbagai Kementerian/ Jabatan.

Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon.

Akan dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan tawaran kekosongan jawatan dibawah.






MAKLUMAT JAWATAN

Pembantu Operasi Gred N11

Penempatan: Semenanjung Malaysia
Kekosongan: 13 Kekosongan & 500 Simpanan
Tarikh tutup permohonan: 6 Februari 2022



SYARAT LANTIKAN

1. Warganegara Malaysia; dan

2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

3. Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N11 : RM1,216.00) atau

ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan pada Gred N11 : RM1,262.15)



DESKRIPSI TUGAS

Tugas seorang Pembantu Operasi N11 adalah:

  • Melaksanakan tugas-tugas dalam membantu melicinkan perjalanan urusan pejabat seharian melibatkan pergerakan fail, penghantaran dan pendaftaran surat/dokumen/saman/notis serta pemanduan kenderaan.
  • Memandu dan menyenggara kenderaan yang diliputi oleh lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E.
  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas operasi am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam pejabat/jeti [Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)].


CARA PERMOHONAN


Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my

Sila daftar terlebih dahulu sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9.


Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon


Langkah 3

Pilih jawatan di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 


Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya


Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.


Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.


SEMOGA BERJAYA!



IKLAN RASMI JAWATAN

Iklan Rasmi Jawatan :  drive.google.com