Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengumumkan dua pakej baharu bagi membantu pelajar memperoleh akses internet selain membolehkan golongan kurang berkemampuan memiliki peranti pintar.

Menurut menteri KKMM, Tan Sri Annuar Musa, dua pakej baharu itu melibatkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia menawarkan kemudahan internet serta Pakej Keluarga Malaysia bagi memiliki peranti mampu milik.





PAKEJ BAHARU YANG DIPERKENALKAN

Antara pakej baharu yang diperkenalkan untuk kemudahan akses ke internet adalah:



1. Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Pakej Remaja Keluarga Malaysia ialah pakej berbayar khusus kepada golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah.

Menerusi pakej ini, remaja dan pelajar akan menikmati pakej internet hanya RM10/sebulan (dibayar untuk 3 bulan/RM30) bagi menikmati data sebanyak 20GB untuk 3 bulan dengan 1GB percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta akses internet tanpa had (bagi jumlah 90GB).

Bagi data 20GB tersebut, pengguna boleh melakukan aktiviti seperti penghantaran mesej, melayari internet, memuat turun video atau permainan dalam talian atau aktiviti berbentuk hiburan.

Bagi data produktiviti, ia boleh digunakan pembelajaran dalam talian serta aktiviti bekerja dari rumah.


2. Pakej Peranti Keluarga Malaysia
Pakej Keluarga Malaysia pula membolehkan rakyat memiliki atau menaik taraf kepada :

  • peranti mudah alih dan VoLTE secara PERCUMA.

Peranti tersebut dapat dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.
Menerusi pakej ini juga, pengguna akan menikmati 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.



PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA

Pakej Remaja Keluarga Malaysia merupakan pelan prabayar khusus untuk:

1. Golongan remaja

2. Pelajar termasuk pascasiswazah 


Pelanggan juga tidak perlu menambah nilai setiap bulan dan hanya mendaftar menggunakan MyKad bagi pelajar berusia bawah 21 tahun manakala mendaftar menerusi kad pelajar untuk mereka melebihi 21 tahun.



TARIKH LANGGANAN

Tarikh Langganan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia adalah bermula pada :

  • 15 Oktober sehingga 15 April 2022



CARA PENDAFTARAN

Untuk mendaftar, sila berhubung dengan syarikat komunikasi yang terlibat dalam pelaksanakan kedua-dua pakej ini.

Terdapat 6 syarikat telekomunikasi yang akan terlibat dalam langganan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia ini iaitu:

  • Maxis
  • Digi
  • Celcom
  • TM
  • UMobile
  • Yes


MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Peranti Keluarga Malaysia, sila layari laman web www.kkmm.gov.my/