Permohonan Bantuan Kuarantin RM100 Sehari Selama 14 Hari


Status semakan permohonan keputusan Nadma Bantuan Kuarantin COVID 2022: Duit RM100 Sehari / kewangan RM1400

NADMA adalah salah sebuah Agensi Pengurusan Bencana Negara Jabatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia yang berfungsi untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik covid-19 kini.

Melalui NADMA ini juga, sekiranya anda pernah dijangkiti dan dirawat, anda diharuskan untuk memohon bantuan secara one-off melalui NADMA agar dapat membantu rintgankan beban anda

Bantuan ini hanya diberikan sekali sahaja secara iaitu pada tempoh penularan pandemik tersebut.

Kelayakan Pemohon : 

1. Warganegara Malaysia
2. Berkerja sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian


Cara Memohon :

1. Baca garis panduan   http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_garispanduan.pdf

 

2. Sertakan dokumen wajib berikut;

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Surat Perintah Kuarantin COVID-19 dari KKM (Annex 14 / Annex 17) atau Discharge Note / Medical Certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19
  • Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif.

 3. Muat turun dan lengkapkan dokumen-dokumen berikut;

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A);

        http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_a.pdf

  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan (Lampiran B);

         http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_b.pdf

  • Bagi pemohon yang tiada akaun bank sendiri: Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris (Lampiran C), muka depan penyata bank waris dan salinan kad pengenalan waris.

        http://www.nadma.gov.my/images/nadma/documents/bantuan/Bantuan_Khas_COVID19_lampiran_c.pdf


     ➢Mohon pastikan Borang Akuan Kehilangan Pendapatan dilengkapkan dengan pengesahan saksi. Bagi pemohon yang menggunakan HSO MySejahtera mohon dapatkan pengesahan PKD/CAC. Borang dan dokumen yang dihantar mestilah jelas, terang dan boleh dibaca. Permohonan tidak dapat diproses sekiranya maklumat tidak jelas. Permohonan berserta dokumen-dokumen lengkap yang dipos/secara online akan terus diproses secara fast track dan tidak memerlukan semakan silang dengan data KKM Putrajaya.

     
4.Hantar Permohonan Lengkap ;

  • Secara melaui pos

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat Bantuan Khas COVID-19)

atau