Setiap penerima Bantuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berhak untuk mendapat bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000 sekiranya berlaku sebarang kematian. Tuntutan boleh dibuat oleh waris yang layak di pejabat LHDN dengan  mengemukakan beberapa dokumen yang dinyatakan.

Pengisian maklumat waris dalam borang permohonan online BKM yang dibuka sehingga 31 Januari 2022 perlu dititikberatkan bagi memudahkan waris tersebut untuk buat tuntutan sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini.






TUJUAN MAKLUMAT WARIS 

Tujuan maklumat waris diisi dalam permohonan BKM 2022 adalah:

1. Waris bagi tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) jika pemohon/ pasangan BKM 2022 telah meninggal dunia; atau

2. Wakil bagi penunaian BKM 2022



GOLONGAN INDIVIDU YANG LAYAK SEBAGAI WARIS

1. Pasangan

2. Ibu

3. Bapa

4. Anak
  • Anak Kandung
  • Anak Tiri
  • Anak Angkat

5. Adik Beradik

6. Cucu



WAKIL YANG BOLEH TUNTUT SKIM KHAIRAT KEMATIAN

Waris yang LAYAK untuk membuat tuntutan Skim Khairat Kematian adalah:

1. Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan) pada Borang BKM 2022; atau ii.

2. Wakil yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Wakil) pada Borang BKM 2022 dan mestilah terdiri daripada hubungan seperti jawapan bagi soalan No. 2.

3. Ya, jika anda bukan Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia, anda layak menjadi wakil sekiranya hubungan anda dan pemohon adalah terdiri daripada ibu / bapa / pasangan / anak / adik-beradik / cucu yang menetap di Malaysia.




CARA BUAT TUNTUTAN

Tuntutan Skim Bantuan Kematian boleh dibuat dengan:

1. Hadir ke Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bersama dokumen; Atau

2. Hadir ke LHDN untuk pertanyaan


Sediakan dokumen sokongan

  • Sijil Kematian asal atau Salinan daripada JPM
  • Dokumen pembuktian pertalian antara penerima (individu layak SKK) dan wakil


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan Skim Khairat Kematian (SKKM) BKM, anda boleh hubungi talian hotline BKK LHDNM di 1 800 88 2747 atau BKK MoF di 03 8882 4565/ 03 8882 4566.