Jawatan Terkini. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi permohonan kekosongan jawatan di  Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon.

Akan dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan tawaran kekosongan jawatan dibawah.






MAKLUMAT JAWATAN

Polis Bantuan Gred KP10G12


Kelayakan: Minima SPM
Tarikh tutup permohonan: 14 Januari 2022



SYARAT KELAYAKAN

1. Lulus 5 matapelajaran SPM termasuk lulus Bahasa Melayu dan Sejarah

2. Umut tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 28 tahun (calon luar) atau 30 tahun (calon dalaman)

3. Tinggi tidak kurang daripada 165cm bagi lelaki dan 157cm bagi perempuan (tanpa memakai kasut)

4. Berat badan tidak kurang daripada 52kg bagi lelaki dan 48kg bagi perempuan
BMI 19 – 29

5. Ukuran dada bagi lelaki biasa 79 cm dan tarik nafas 84cm

6. Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa cermin mata

7. Boleh berkomunikasi dan menulis di dalam Bahasa Malaysia

8. Bebas dari segala jenis dadah/ jenayah (pihak PDRM akan membuat saringan ujian air kencing)

9. Sedia ditempatkan di mana-mana lokasi di seluruh rangkaian KTM Berhad



CARA PERMOHONAN

Kepada individu yang berminat dengan jawatan ditawarkan, sila buat permohonan secara online  melalui E-Recruitment KTMB di pautan berikut:


Hanya permohonan yang disenaraipendek sahaja yang akan dihubungi. Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Unit Perancangan Kakitangan, Jabatan Modal Insan Keretapi Tanah Melayu Berhad di talian 03 22631273/ 1141.