Pemilik kenderaan yang mengalami kerosakan akibat bencana banjir akan menikmati kadar potongan sekurang-kurangnya 25% bagi pembelian alat ganti dari syarikat pengeluar kenderaan dan juga kos tunda percuma serta baucar diskaun sehingga RM1,000.

Inisiatif ini adalah bagi senangkan rakyat tanpa perlu buat sebarang permohonan. Pemilik kenderaan yang rosak akibat banjir boleh menebus baucar tersebut di pusat servis atau pengedar sah untuk syarikat automotif yang terlibat. Setakar ini lebih 1,800 pusat servis dan bengkel berdaftar untuk inisiatif ini.







KADAR BAUCAR

Nilai baucar diskaun automotif Keluarga Malaysia yang ditawarkan adalah seperti berikut:


1. Baucar sehingga RM1,000 untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian

2. Diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi kerja pembaikan; kos tunda kenderaan percuma; dan baucar diskaun sehingga RM1,000

3. PERODUA & PROTON juga menawarkan diskaun sehingga 50% bagi baik pulih dan alat ganti kenderaan serta servis tunda percuma

4. Penebusan baucar adalah bagi kenderaan penumpang persendirian musnah akibat banjir seperti berikut:

  • Motosikal
  • Trak Pikap
  • Van Bertingkap



TEMPOH TAWARAN

Tuntutan baucar diskaun automotif Keluarga Malaysia boleh dibuat sepanjang tempoh berikut sahaja:

  • 18 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022



CARA PENEBUSAN BAUCAR

Kadar diskaun ini akan diberi melalui pusat servis pengedar yang sah berdaftar melalui:

  • Potongan Terus; atau
  • Bayaran Balik


Semak senarai automotif yang terlibat dengan pemberian baucar diskaun automotif Keluarga Malaysia di bawah:




Kerajaan terus meningkatkan bilangan pusat servis serta bengkel yang terlibat, terutamanya untuk motosikal dengan menambah pusat-pusat servis dan bengkel-bengkel yang berdaftar di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan dan Daerah.