Jawatan Terkini. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi permohonan kekosongan jawatan di Jabatan Perdana Menteri.

Kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk memohon tawaran yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon.

Akan dikongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan tawaran kekosongan jawatan dibawah.






MAKLUMAT JAWATAN

Pembantu Awam Gred H11


Jumlah Kekosongan: 36 Kekosongan & 1000 Simpanan
Tarikh tutup permohonan: 23 Januari 2022



SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

3. Memiliki kelayakan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; 
(Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,218.00)

4. Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia)
(Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,264.15)



CARA BUAT PERMOHONAN


Langkah 1

Log masuk ke laman spa9.spa.gov.my

Sila daftar terlebih dahulu sekiranya anda masih belum mendaftar akaun sistem permohonan SPA9.


Langkah 2

Pergi ke bahagian Maklumat Pemohon dan klik Jawatan Dimohon


Langkah 3

Pilih jawatan di bahagian pilihan jawatan. Klik +Tambah.

*Maksimum jawatan yang boleh dimohon ada 15 sahaja. 


Langkah 4

Jawatan yang dipilih akan ditambah di bahagian Jawatan Pilihan. Klik Seterusnya


Langkah 5

Senarai jawatan dimohon dan maklumat lengkap anda akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika semua maklumat betul, klik Seterusnya.


Langkah 6

Baca perakuan pemohon seperti yang tertera dan tick pada kotak SETUJU jika anda setuju. Klik HANTAR.


SEMOGA BERJAYA!



IKLAN RASMI JAWATAN

Iklan Rasmi Jawatan :  drive.google.com