Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) mempelawa usahawan asnaf di Pulau Pinang untuk mohon Bantuan Usahawan Asnaf Zakat Pulau Pinang yang ditawarkan. Program ini bertujuan membantu usahawan di Pulau Pinang yang memiliki produk sendiri untuk kembali bersaing akibat terjejas teruk semasa pandemik Covid-19 dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Program bantuan bertemakan “Usahawan Pulau Pinang Bangkit Kembali” dilaksanakan dengan matlamat untuk membantu merancakkan ekonomi dan memberi semangat baru kepada usahawan agar perniagaan yang dijalankan dapat diteruskan dengan lebih baik.








OBJEKTIF BANTUAN

Program Bantuan Usahawan Asnaf Pulau Pinang dilaksanakan dengan matlamat untuk:

1. Meringankan beban golongan asnaf fakir dan miskin yang berdepan masalah kehilangan punca pendapatan keluarga, seterusnya diharap mampu memberikan sinar kegembiraan disebalik kebimbangan berkenaan penularan wabak Covid-19 dan kesempitan wang.

2. Mewujudkan hubungan lebih erat di antara Zakat Pulau Pinang dengan para peniaga dan usahawan muslim dan bumiputera khasnya, yang seterusnya akan menjadi titik permulaan untuk ZPP meneroka peluang kepada prospek zakat perniagaan pada masa akan datang.



TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan bantuan Usahawan Asnaf Zakat Pulau Pinang boleh dilakukan sepanjang tempoh berikut:

  • 6 hingga 12 Disember 2021


SYARAT KELAYAKAN

1. Perniagaan dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya

2. Perniagaan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

3. Bantuan ini tidak termasuk kepada penjaja kecil/ tepi jalan/ pasar malam/ pasar tani yang telah dibuka permohonan sebelum ini

4. Perniagaan mestilah mempunyai premis/ kedai/ bengkel dan memiliki produk sendiri serta perniagaan yang dijalankan adalah sepenuh masa

5. Belum menerima apa juga jenis bantuan perniagaan Zakat Pulau Pinang pada tahun 2021

6. Bersedia untuk mendapat bimbingan dan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Zakat Pulau Pinang



CARA PERMOHONAN

1. Borang permohonan bantuan zakat boleh didapati di kaunter Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang Bandar Perda. Permohonan hendaklah diisi oleh ketua keluarga @ waris / penjaga.


2. Permohonan mestilah dihantar bersama dokumen-dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan slip gaji/ pengesahan pendapatan
  • Salinan surat cerai/ mati (jika ibu tunggal/ tinggal)
  • Surat pengesahan JKM, SOCSO dsb Surat Pengesahan Sakit (jika bantuan perubatan),
  • Surat pengesahan pihak sekolah (jika bantuan persekolahan),
  • Surat tawaran IPT (jika bantuan IPT)


Borang yang telah siap diisi perlu dihantar dengan cara hadir sendiri atau dipos ke kaunter perkhidmatan zakat yang terdekat. Pihak Zakat Pulau Pinang berhak menyiasat semua butir yang dikemukakan dan sekiranya didapati pemohon tidak layak @ tidak benar Zakat Pulau Pinang berhak untuk menolak permohonan tersebut.


Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi Bahagian Usahawan ZPP di talian 011 2872 4558 atau General Line 04 5498 088.