Kepada pekebun kecil yang menerima Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600 yang berdaftar di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan disalurkan secara dua peringkat tidak lama lagi.

Menurut pengerusi RISDA, pembayaran yang dibuat 2 peringkat ini melibatkan seramai 232,319 penerima. Sehubungan itu, pekebun kecil yang masih belum mengemas kini maklumat atau permohonan baharu perlu berbuat sedemikian dalam tempoh yang ditetapkan.





TARIKH BAYARAN BANTUAN RISDA

Bantuan musim tengkujuh RISDA akan dibuat secara dua peringkat pada:


November 2021 – RM300

Disember 2021 – RM300



KAEDAH BAYARAN

Bantuan akan disalurkan melalui:

  • Sistem Perbankan Elektronik kepada akaun bank penerima

Pengerusi RISDA, Datuk Mohd Salim Mohd Sharif berkata, sebanyak RM600 diterima setiap pekebun melalui peruntukan Bajet 2021 itu.

Jelasnya, pemberian bantuan bagi meringankan beban pekebun yang terjejas pendapatan ketika musim banjir itu dibuat melalui dua kali pembayaran iaitu RM300 untuk sekali bayar.



MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai Bantuan Musim Tengkujuh 2021, anda boleh dapatkan di laman pekebunkecilmakmur.com.my