COVID-19 telah menyerlahkan lagi pentingnya keselamatan sosial bagi golongan berpendapatan rendah dalam masyarakat kita. Memandangkan penyertaan insurans yang rendah di kalangan kumpulan B40, dan di dalam semangat #KeluargaMalaysia, subsidi Kerajaan untuk perlindungan insurans / takaful adalah sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan jaringan keselamatan sosial untuk B40.

Bermula 30 September 2021, 3.6 juta golongan isi rumah B40 boleh mula menyemak status kelayakan mereka untuk Baucar Perlindungan Tenang bernilai RM50, sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 yang menyediakan pelan perlindungan mampu miliki untuk golongan B40.




BAUCAR PERLINDUNGAN TENANG

Perlindungan Tenang adalah sebuah inisiatif oleh industri insurans dan takaful yang menyediakan produk insurans dan takaful bagi memenuhi keperluan segmen yang masih tidak dilindungan terutamanya golongan B40.

Di bawah inisiatif ini, penerima yang layak boleh menggunakan Baucar Perlindungan Tenang bernilai RM50 untuk melanggan pelbagai jenis pelan perlindungan yang meliputi kematian, kemalangan kerosakan harta benda dan lain-lain. ⠀


Perlindungan Tenang yang memenuhi kriteria-kriteria adalah seperti berikut:





SYARAT KELAYAKAN


1. Layak untuk penerima Bantuan prihatin Rakyat (BPR) sahaja

2. SATU Baucar hanya boleh digunakan untuk membeli/ menyertai SATU polisi sahaja. Sekiranya harga produk yang dibeli kurang dari RM50, baki tidak akan dipulangkan dan sekiranya harga produk lebih dari RM50, penerima perlu membayar lebihan harga

3. Pulangan tunai atau pembayaran balik secara tunai tidak dibenarkan

4. Baucar hanya boleh digunakan untuk poisi/ sijil baharu memperbaharui polisi/ sijil (Tarikh kuatkuasa berdasarkan tarikh program PTV). Baucar tidak boleh digunakan untuk polisi/ sijil sedia ada



CARA SEMAK KELAYAKAN & TEBUS BAUCAR

Bermula 30 September 2021, golongan isi rumah B40 boleh mula menyemak status kelayakan mereka di bawah program ini melalui 2 kaedah yang telah ditetapkan.


1. Kunjungi ke wakil insurans/ pengendali Takaful atau rakan kongsi; ATAU

2. Semakan kendiri di https://www.myptv.my/


Kepada individu yang LAYAK menerima inisiatif ini,  sila tebus baucar RM50 dengan layari mycoverage.my/perlindungan_tenang/ dan ikut langkah-langkah berikut:







Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk Perlindungan tenang, anda boleh hubungi Pusat Panggilan PTV di talian 03 7723 9333 atau terus ke laman web mycoverage.my