JKM telah menyediakan Bantuan Latihan Perantis, bagi membantu anak-anak penerima bantuan JKM dalam mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja terutamanya datang daripada golongan yang kurang bernasib baik termasuk golongan B40.

Perkhidmatan bantuan kewangan yang disediakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disediakan kepada kumpulan sasar bagi meneruskan kelangsungan hidup terutamanya sepanjang pandemik Covid-19.

Tujuan bantuan JKM ini disediakan adalah untuk membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.






KADAR BANTUAN

Kadar bantuan akan disediakan sebanyak RM200 sebulan seorang



SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  • Kes-kes seliaan akhlak; atau
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM


CARA PERMOHONAN


Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta untuk membawa borang-borang serta dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:


Borang-Borang Berkaitan :





Dokumen Sokongan
  • salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
  • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
  • salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
  • salinan penyata gaji (jika ada), dan
  • lain-lain dokumen yang berkaitan.


Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.