Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah menyediakan bantuan melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi penduduk miskin dan miskin tegar di luar bandar yang tidak mempunyai rumah atau mempunyai rumah yang uzur.

PPRT merupakan program bantuan kepada rakyat miskin dan miskin tegar yang merangkumi pembinaan rumah baharu atau baik pulih rumah.





OBJEKTIF PELAKSANAAN PPRT

Bagi meningkatkan kualiti hidup keluarga miskin dan miskin tegar dengan membina atau membaik pulih rumah bagi menyediakan tempat kediaman yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga.



SKOP BANTUAN

Kawasan liputan PPRT adalah di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh pihak Kerajaan. Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:
 

1. Bina Baharu

Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.
 

2. Baik Pulih

Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:

  • Penyelenggaraan
  • Penambahbaikan
  • Requisition

Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah. (Sila rujuk Lampiran A bagi senarai yang dibenarkan).


Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.



KUMPULAN SASAR


1. Kumpulan sasar PPRT adalah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang ditentukan berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.


2. Kriteria kumpulan sasar penerima bantuan PPRT yang LAYAK adalah seperti berikut:

  • disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  • diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  • diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  • diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian
 


SYARAT BANTUAN


Syarat Bantuan Bina Baharu

Syarat bantuan Bina Baharu diberikan kepada peserta yang : 

1. Tidak mempunyai rumah;

2. Rumah yang didiami terlalu uzur dan tidak selamat didiami;

3. Tidak ekonomik untuk dibaiki;

4. Memiliki tanah sendiri (pemilikan penuh); atau

5. Pemilikan tanah sebahagian atau mendapat kebenaran menggunakan tanah daripada Tuan Tanah (tanah atas milik ibu/bapa/adik-beradik/saudara-mara yang mempunyai pertalian darah dengan pemohon atau tanah Kerajaan atau tanah wakaf) dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B).
 


Syarat Bantuan Baik Pulih

1. Bantuan diberikan kepada peserta yang mempunyai rumah yang uzur atau rosak disebabkan oleh bencana dan masih ekonomik untuk dibaiki.

2. Mendapat kebenaran untuk membaik pulih bagi kes menumpang tanah milik orang lain/tanah milik sebahagian/tanah Kerajaan dengan mengemukakan Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti di Lampiran B.
 


GOLONGAN SASARAN

Keutamaan bantuan akan diberikan kepada :

1. Warga emas;

2. Orang kurang upaya (OKU);

3. Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ramai;

4. Mangsa bencana yang berskala kecil; dan

5. Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan tegar yang tinggi



CARA PERMOHONAN

Kepada individu yang ingin membuat permohonan PPRT, sila ikuti langkah-langkah berikut :


1. Layari laman web eSPKR  espkr.rurallink.gov.my

2. Klik bahagian ‘Program Perumahan Rakyat Termiskin.’

3. Isi maklumat yang diperlukan.

4. Muat naik dokomen yang diperlukan.

5. Buat perakuan sebelum menghantar permohonan.



Dokumen Sokongan

  • Pemilikan harta / tanah, 
  • Pendapatan
  • Gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) 
  • Gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan. 

Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohon



MAKLUMAT LANJUT

Untuk pertanyaan lanjut mengenai permohonan program PPRT, sila hubungi pihak KPLB di talian 03-8000 8000.