PUTRAJAYA: Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 bakal menerima manfaat kepada 870,000 individu yang hilang pendapatan pada tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran itu diberikan secara  one-off mulai esok melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia. 

BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber  pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan  Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam tahun ini.




TARIKH PEMBERIAN BANTUAN

Bantuan yang akan memanfaatkan sehingga 1 juta ahli ini akan disalurkan pada :

  • 26 Oktober 2021



KADAR BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN

Individu yang layak akan menerima bantuan sebanyak :

  • RM500



SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

  • Pekerja yang hilang pendapatan
  • Berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021



SEMAKAN STATUS KELULUSAN BKP

Semakan status kelulusan bantuan dapat dilakukan melalui laman web berikut :


Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan  Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas. Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih  mencabar ini.



MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.