KedahCare ini dibangunkan adalah untuk memudahkan Kerajaan Negeri Kedah bagi mendapatkan data rakyat yang terkesan dengan krisis pandemik Covid-19 dan maklumat NGO / perseorangan yang ingin menyalurkan bantuan supaya kerajaan boleh menguruskan program bantuan dengan lebih sistematik dan berkesan.

Tujuan penubuhan Portal Kedah Care secara khususnya bagi memudahkan Kerajaan Negeri Kedah menyalurkan bantuan kepada rakyat Kedah yang terkesan semasa pandemik Covid-19.





FUNGSI KEDAH CARE

Antara fungsi utama portal Kedah Care adalah memudahkan rakyat di negeri Kedah:

1, Memohon bantuan makanan (bagi yang memerlukan)

2. Memberi bantuan makanan (bagi yang ingin menyalurkan bantuan)



SENARAI BANK MAKANAN

Berikut merupakan senarai bank makanan yang disediakan di sekitar negeri Kedah melalui laman Kedah Care.





CARA MEMOHON BANTUAN / BERI BANTUAN 

Kepada rakyat yang ingin memohon atau memberikan bantuan makanan boleh buat pendaftaran dengan rujuk langkah-langkah berikut:


1. Sila layari laman web kedahcare.kedah.gov.my

2. Klik di paparan sama ada ingin memohon atau memberikan bantuan.

3. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna Mohon Bantuan’ atau klik bahagian ‘Daftar Pengguna Beri Bantuan.’

4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’

5. Log masuk dengan memasukkan id pengguna dan kata laluan.

6. Setelah berjaya masuk, isi maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan.


Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkenaan portal Kedah Care, sila hubungi pegawai bertugas melalui email kedahcare@kedah.gov.my.