Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebelum ini telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta sebagai bantuan modal kepada mereka yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan. Kini MAIWP meneruskan lagi bagi Musa’ adah Tijariyyah 2.0 buat peniaga yang terjejas.

Bantuan Zakat Perniagaan ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Covid-19. Bantuan ini akan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

Dua perkataan Arab ini (Musa’ adah Tijariyyah) bermaksud bantuan untuk tujuan perniagaan yang mana MAIWP akan membantu penerimanya dengan menyalurkan bantuan modal daripada dana zakat.










TEMPOH PERMOHONAN

Permohonan bantuan Musa’ adah Tijariyyah MAIWP dibuka sepanjang tempoh berikut:

  • 16 Oktober hingga 30 Oktober 2021


LOKASI PERNIAGAAN

Lokasi perniagaan yang layak memohon adalah terdiri daripada:


1. Premis perniagaan boleh samada di dalam/ luar Wilayah Persekutuan

2. Premis atau kedai yang berada di luar Wilayah Persekutuan boleh dipertimbangkan bagi kes-kes seperti:
  • Perniagaan bergerak
  • Premis berada di kawasan Lembah Klang/ Kuala Lumpur/ Selangor



JENIS PERNIAGAAN

Perniagaan yang dibenarkan adalah terdiri daripada:

1. Makanan dan minuman

2. Barangan Kering (pakaian, kasut, aksesori, produk kecantikan, bahan bacaan ilmiah)

3. Perkhidmatan (gunting rambut, salun dan spa kecantikan, wirering, urutan)

4. Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak dipertimbangkan



JENIS BANTUAN

Bantuan akan diberi dalam bentuk modal pusingan berjumlah RM3,000



SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara Malaysia

2. Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya 1 tahun

3. Tertakluk kepada Had Kifayah

4. Mempunyai pendaftaran SSM yang aktif

5. Bukan penerima bantuan Perniagaan Baitumal MAIWP dari tahun 2020 ke atas dan Musa’adah Tijariyyah 1.0



CARA PERMOHONAN 

1. Muat turun borang permohonan:


2. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Surat akuan sumpah pendapatan pemohon dan pasangan
  • Salinan SSM yang masih aktif
  • Satu Salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB)

3. Hantar borang permohonan yang lengkap diisi bersama dokumen sokongan ke salah satu kaunter berikut:

  • Pusat-Pusat Agihan Zakat (PAZA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  • MAIWP Cawangan Labuan dan Putrajaya


Keputusan yang layak akan dimaklum melalui SMS. Pemohon yang tidak mendapat sebarang maklumat dalam tempoh 30 hari dari tarikh permohonan ditutup dianggap TIDAK BERJAYA. Setiap pemohon yang layak perlu mengikuti kursus perniagaan sebelum penyaluran bantuan.


Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian +6019 224 2752. Dapatkan maklumat lanjut di laman web maiwp.gov.my