Kepada individu yang merayu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) akan menerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC) pada hujung bulan ini. Kerajaan mendengar keluhan segelintir rakyat yang resah apabila mengetahui pemberian BKC kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan golongan M40 berdasarkan data lulus BPR.

Individu yang lulus rayuan dengan kelayakan sedia ada juga layak menerima BKC. Jika tidak layak (menerima BPR), kaedah silang data untuk semak dengan data percukaian akan digunakan.





TARIKH SEMAKAN RAYUAN BPR

Semakan rayuan BPR bagi individu yang buat permohonan rayuan sebelum ini boleh dibuat pada:

  • 18 September 2021


SEMAKAN STATUS RAYUAN BPR

Semakan status rayuan BPR boleh dibuat melalui laman berikut:



TARIKH BAYARAN PENERIMA LULUS RAYUAN

Pembayaran rayuan BPR ini akan melibatkan hampir 200 ribu penerima BPR dengan anggaran peruntukan sebanyak RM240 juta. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan rayuan BPR pada:

  • Penghujung September 2021


Jika tidak layak (menerima BPR), kita akan menggunakan kaedah silang data untuk semak dengan data percukaian dan jika memenuhi syarat M40, mereka juga tidak terkecuali untuk menerima bantuan ini.

Kementerian sentiasa melaksanakan proses semak dan imbang untuk mengemas kini data bagi mengurangkan risiko mereka yang layak tercicir, mengambil kira bantuan diberikan adalah secara bersasar dan berperingkat.