
Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada menyediakan bantuan kematian sebanyak RM2,500 yang boleh anda tuntut sekiranya ahli dan para pencarum tersebut meninggal dunia.
Bayaran sebanyak RM2,500 itu akan dibayar sekali sahaja kepada orang tanggungan ahli yang layak (balu/duda/anak atau ibu bapa ahli tertakluk kepada status perkahwinan ahli). Permohonan bantuan perlu dilakukan di cawangan KWSP yang berhampiran dengan kawasan anda dengan mengemukakan beberapa dokumen yang diperlukan.
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan kematian yang akan diberikan adalah sebanyak :
- RM2,500
GOLONGAN LAYAK
Berikut adalah merupakan senarai yang layak untuk memohon bantuan ini:
1. Penama
2. Berumur 18 tahun dan ke atas
SYARAT KELAYAKAN
1. Ahli yang telah meninggal dunia adalah merupakan seorang warganegara, penduduk tetap (PR) & bukan warganegara (yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998).
2. Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa) tertakluk kepada status perkahwinan ahli.
3. Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.
4. Ahli meninggal sebelum mencapai usia 60 tahun.
5. Ahli masih mempunyai simpanan KWSP.
KAEDAH BAYARAN
Kaedah bayaran pengeluaran akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun bank pemohon.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. Borang Pengeluaran KWSP 9KM (AHL)
2. Sijil kematian ahli
3. Kad pengenalan diri pemohon
4. Buku bank / penyata akaun simpanan
5. Sijil lahir pemohon
6. Sijil kelahiran ahli
7. Sijil nikah / Sijil perkahwinan ahli / Cabutan daftar perkahwinan
8. Surat kuasa
9. Penama meninggal dunia
DOKUMEN YANG WAJIB DISEDIAKAN
1. Surat kuasa (jika tiada penamaan) surat kuasa mentadbir / probet (mahkamah tinggi) ATAU
2. Perintah pembahagian (pejabat tanah) ATAU
3. Sijil / perintah faraid (mahkamah syariah) ATAU
4. Surat kuasa amanah raya berhad (ARB)
5. Bukti-bukti pertalian
6. Dokumen-dokumen lain yang ditetapkan oleh pihak KWSP
MAKLUMAT LANJUT
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan dengan bantuan ini sila layari laman web kwsp.gov.my
0 Comments