
Setelah hampir 6 bulan sejak permohonan i-Sinar dibuka, Ahli KWSP telah yang memanfaatkan kemudahan ini untuk mengeluarkan simpanan KWSP masing-masing. Tempoh maksima pembayaran dibuat adalah sehingga 5 -6 bulan mengikut jumlah pengeluaran yang dibuat.
Bayaran dibuat kepada setiap Ahli adalah berbeza mengikut amaun pengeluaran masing-masing. Ada juga yang sudah tamat tempoh bayaran kerana buat permohonan amaun yang sedikit. Bagi yang baru buat permohonan atau mohon lewat dari tarikh awal permohonan dulu, anda boleh semak bila tarikh akhir bayaran i-Sinar KWSP anda secara online.

TARIKH BAYARAN i-SINAR
Bayaran i-Sinar bagi bulan Oktober 2021 akan diawalkan kepada:
- 27 September 2021
SEMAK TARIKH AKHIR BAYARAN i-SINAR
Berikut adalah cara membuat semakan tarikh akhir bayaran i-Sinar KWSP anda melalui i-Akaun:
1. Log masuk ke i-Akaun KWSP anda.
2. Pergi ke bahagian i-Sinar
3. Semak tarikh akhir bayaran di bahagian ‘Monthly Recurring End Payment Date‘
4. Bagi yang buat pindaan (contohnya sebelum ini akaun dah expired sebab KWSP dan bayar habis jumlah yang dipohon), bila buat pindaan akaun kembali berstatus Active dan ada sampai ke tarikh akhir bayaran yang akan dibuat

Sekiranya anda masih tidak membuat pengeluaran jumlah yang maksimum, anda masih boleh pindaan pengeluaran amaun sekarang.
0 Comments