Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) merupakan bantuan yang disalurkan kerajaan kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang bertujuan untuk meringankan beban mereka yang akan berhadapan dengan musim tengkujuh. Kini permohonan baharu BMT 2021 telah dibuka kepada individu yang tidak menerima bantuan sebelum ini.

Untuk makluman, RISDA merupakan sebuah badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang ditubuhkan pada 1 Januari 1973 yang bertanggungjawab melaksanakan dasar dan program pembangunan pekebun kecil dan penoreh getah untuk memastikan pertumbuhan dan daya maju industri getah negara.






KADAR BANTUAN

Kadar BMT yang akan diterima bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang berdaftar adalah sebanyak 

  • RM600

Bantuan ini akan dibayar kepada penerima sebanyak 2 kali bayaran iaitu pada bulan Disember 2021 dan Januari 2022. 



SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan yang ditetapkan terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

1. Pekebun Kecil RISDA

  • Pekebun merupakan warganegara Malaysia.
  • Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) berdaftar dengan RISDA.
  • Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar.
  • Pemilik tanah yang sah.
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja.


2. Penoreh Bukan Pemilik

  • Penoreh merupakan warganegara Malaysia.
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar.
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah.
  • 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja.
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.


Bagi maksud “pekebun kecil berdaftar dengan RISDA,” perinciannya adalah seperti berikut:

1. Pekebun kecil yang tersenarai dalam Sistem e-SPEK.

2. Bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang belum berdaftar dengan RISDA, pengisian Borang BMT2021 dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.

3. Peserta yang menyertai program yang dilaksanakan KPLB merangkumi pembangunan ladang sejahtera, ladang komersial, dan penempatan serta diuruskan oleh RISDA melalui syarikat milikan RISDA.

4. Bagi pekebun kecil di bawah agensi, pengisian Borang BMT2021 beserta surat pengesahan daripada 

5. Agensi dibawah dikira sebagai berdaftar dengan RISDA iaitu:

– Lembaga Getah Malaysia (LGM)
– Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
– Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
– FELCRA
– KESEDAR
– KETENGAH
– Dan lain-lain sumber agensi/jabatan



Untuk maksud “pemilik tanah yang sah,” perinciannya adalah seperti berikut:

1. Pemilik tanah yang sah bermaksud tuan punya atau pemegan amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan didalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berenaan.

2. Bagi negeri Sarawak, pemilik tanah yang sah adalah pemilik tanah yang berdaftar ke atas surat hakmilik tanah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 18 dan Seksyen 13 Kanun Tanah Negeri Sarawak.

3. Bagi pemilik yang telah meninggal dunia, pertukaran hakmilik atau pemegang amanah seperti dinyatakan di dalam geran tanah atau pentadbir seperti dinamakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir (letter of administration) yang dikeluarkan oleh pejabat tanah atau mahkamah yang berkenaan atau Surat Wakil Kuasa (Mati) dari RISDA iaitu Pengakuan Kematian dan waris-warisnya (TS20A (Pin. 1/96)) dan Surat Sumpah oleh Pihak yang Berkongsi/Waris-Waris/Pemegang Amanah (TS20B (Pin. 1/09)).

4. Peserta yang menyertai program yang dilaksanakan secara bersepadu oleh KPLB merangkumi pembangunan ladang sejahtera, ladang komersial, dan penempatan serta diuruskan oleh RISDA melalui syarikat milikan RISDA di tanah kerajaan negeri yang dirizabkan bagi tujuan pembangunan ladang sejahtera RISDA sepanjang tempoh yang dipersetujui bersama KPLB, RISDA, dan Kerajaan Negeri.



Maksud “memiliki jumlah tanah” pula adalah seperti berikut:

Jumlah keluasan semua tanah yang dimiliki (bukan tertaktuk kepada tanah yang diusahakan getah) adalah berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat (keseluruhan).



CARA PERMOHONAN 

Kepada pekebun kecil dan penoreh getah yang tidak menerima bantuan sebelum ini, boleh membuat permohonan di pejabat RISDA yang berhampiran.


Sila buat temu janji terlebih dahulu sebelum hadir ke pejabat RISDA :

1. Hubungi pejabat RISDA yang berhampiran dan sila rujuk senarai no telefon melalui  drive.google.com

2. Tempahan mestilah 3 hari sebelum tarikh temu janji.



SEMAKAN DAN KEMASKINI MAKLUMAT

Semakan dan kemaskini maklumat boleh dilakukan melalui laman web berikut :



MAKLUMAT LANJUT

Untuk pertanyaan lanjut mengenai BMT 2021, sila hubungi pihak RISDA di talian 03-4256 4022.