Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) ini diuruskan oleh YAWAS dan ianya terbuka kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat. Permohonan juga boleh dilakukan sebelum anak berusia 3 tahun.

Program Bantuan Masuk Sekolah (PBMS) akan berlangsung tidak lama lagi khas kepada anak-anak yang bakal masuk ke tahun 1 2021 pada tahun hadapan yang juga merupakan ahli TAWAS.







SEMAKAN PROGRAM BANTUAN

Semakan ini hanya untuk ahli TAWAS yang lahir pada tahun 2014 sahaja. Semakan boleh dibuat di laman web berikut:



Sila hubungi pusat tuntutan bantuan untuk maklumat lanjut.

  • Tuntutan bantuan hanya boleh dibuat di pusat yang telah ditetapkan
  • Bawa MyKid/ kad TAWAS sewaktu hadir
  • Tidak dibenarkan menghantar wakil mengambil bantuan bagi pihak anak anda


KEMASKINI MAKLUMAT

Bagi mengelakkan terlepas sesi agihan bantuan yang akan datang, Ahli TAWAS diminta untuk kemaskini maklumat :

  • nombor telefon
  • alamat dan kawasan program pilihan 


Kemaskini boleh dilakukan di laman sesawang berikut:



Rakyat Selangor yang merupakan BUKAN ahli TAWAS boleh buat pendaftaran ahli secara online di pawas.yawas.my



MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi TAWAS di alamat dan talian berikut:

PUSAT PENDAFTARAN (PROJEK TAWAS) :

Yayasan Warisan Anak Selangor,
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan


Tel: 03 5481 8800